Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit mungkin dapat keutamaan bagi vaksin COVID-19 di S'pura

Singapura mungkin memberi keutamaan kepada para atlit untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Ini memandangkan beberapa kejohanan utama bakal berlangsung tahun ini seperti Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan SEA.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jan 2021 08:45PM Dikemas Kini : 20 Jan 2021 08:50PM

SINGAPURA: Singapura mungkin memberi keutamaan kepada para atlit untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Ini memandangkan beberapa kejohanan utama bakal berlangsung tahun ini seperti Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan SEA.

Lantaran itu menurut Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) Edwin Tong ada atlit mungkin perlu bertanding di luar negara untuk melayakkan diri bagi menyertai Sukan Olimpik.

Encik Tong menambah, para atlit yang berkenaan perlu mengikuti satu program khas semasa menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) apabila pulang ke tanah air.

Program itu bertujuan membantu mereka dapat terus berlatih dan mengekalkan tahap kecergasan semasa menjalani kuarantin.

Encik Tong juga berkata usaha menyokong kegiatan sukan, seni kebudayaan juga diteruskan menerusi skim-skim yang ada.

Ia termasuk Pakej Daya Tahan Sukan bernilai S$50 juta serta Pakej Daya Seni dan Kebudayaan bernilai S$55 juta yang dilancarkan tahun lalu.

Rancangan juga sedang diatur untuk membuka lebih banyak ruang bagi kegiatan-kegiatan seni.

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) akan bekerjasama dengan masyarakat seni untuk menyiapkan konsep baru di kawasan-kawasan seperti Tanjong Pagar Distripark.

Kawasan itu hendak dimajukan sebagai satu kelompok pelbagai cabang seni. 

Sumber : CNA/NZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan