Skip to main content

Sukan

Atlit Muay Thai Thailand maut selepas pukulan ‘knockout’

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit Muay Thai Thailand maut selepas pukulan ‘knockout’

Gambar: Agensi Berita

Diterbitkan : 14 Aug 2022 09:35PM
KOTA BHARU: Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di sini, meninggal dunia akibat pendarahan otak pada Sabtu (13 Ogos).

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat (12 Ogos).

"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pada Ahad.

Encik Muhamad Zaki berkata jenazah Kittichai telah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada pukul 8 malam hari yang sama.

"Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubung kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu," katanya.
Sumber : Bernama/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita