Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit lawan pedang S'pura Kiria Tikanah menang pertarungan pertama dalam penampilan sulung

Atlit lawan pedang negara, Kiria Tikanah, menewaskan Coco Lin dari Hong Kong 15-11 dalam acara perseorangan epee wanita di Sukan Olimpik Tokyo.

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit lawan pedang S'pura Kiria Tikanah menang pertarungan pertama dalam penampilan sulung

Pelawan pedang negara Kiria Tikanah menewaskan atlit Hong Kong untuk mara ke pusingan seterusnya. (Gambar: Facebook/Kong Chong Yew/SNOC)

Diterbitkan : 24 Jul 2021 10:44AM Dikemas Kini : 24 Jul 2021 10:48AM

TOKYO: Atlit lawan pedang negara, Kiria Tikanah, menewaskan Coco Lin dari Hong Kong 15-11 dalam acara perseorangan epee wanita di Sukan Olimpik Tokyo.

Dengan itu, anak Melayu yang membuat penampilan sulung di temasya sukan itu berjaya mara ke pusingan seterusnya.

Atlit lawan pedang pasukan Singapura itu yang menduduki tangga ke-207 dalam ranking dunia menundukkan Lin yang menduduki tangga ke-90 menyusuli pertarungan di Dewan B Makuhari Messe.

Kiria akan berdepan dengan atlit lawan pedang terbaik dunia Ana Maria dari Romania pagi ini.

Kiria dan rakan sepasukan Amita Berthier mencipta sejarah awal tahun ini selepas menjadi rakyat Singapura yang pertama melayakkan diri secara langsung untuk bertanding di Sukan Olimpik.

Berthier pula akan masuk gelanggang pada Ahad.

Sebagai rangkaian Sukan Olimpik, Mediacorp akan membawakan liputan meluas Sukan Olimpik Tokyo 2020. Lungsuri laman mediacorp.sg/tokyo2020 untuk butiran lanjut.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan