Skip to main content

Sukan

Atlit larian jarak jauh Uganda pecah rekod dunia acara 10,000 meter

Atlit larian jarak jauh dari Uganda, Joshua Cheptegei pada Rabu (7 Okt) memecahkan rekod dunia 10,000 meter bagi kategori lelaki dalam acara yang berlangsung di Valencia, Sepanyol, lapor agensi berita Anadolu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit larian jarak jauh Uganda pecah rekod dunia acara 10,000 meter

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Oct 2020 11:42AM Dikemas Kini : 08 Oct 2020 11:45AM

KAMPALA: Atlit larian jarak jauh dari Uganda, Joshua Cheptegei pada Rabu (7 Okt) memecahkan rekod dunia 10,000 meter bagi kategori lelaki dalam acara yang berlangsung di Valencia, Sepanyol, lapor agensi berita Anadolu. 

Atlit berusia 24 tahun itu mencatat kejayaan dalam acara tersebut sempena Hari Rekod Sedunia NN Valencia.

Cheptegei mencatat masa 26 minit 11.02 saat, mengatasi rekod terdahulu yang dicatatkan oleh pelari Habsyah, Kenenisa Bekele, pada 26 Ogos 2005 di Brussels, Belgium dengan catatan 26:17:53.

Tahun ini saja, Cheptegei sudah memecahkan tiga rekod dunia, termasuk larian 5,000 meter pada 14 Ogos dan rekod dunia acara lebuh raya sejauh lima kilometer di Monaco pada Februari.

Presiden Yoweri Museveni dan pegawai kanan pemerintah turut mengucapkan tahniah kepada Cheptegei.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita