Atlit 'kite foil' SG Maximilian Maeder pertahankan kejuaraan dunia
(Gambar: SportSG/Jeremy Lee)
SINGAPURA: Maximilian Maeder berjaya mempertahankan kejuaraan dunia 'kite foil' selepas memenangi acara lelaki Kejuaraan Dunia Sukan Layar pada Ahad (19 Mei).
Atlit 17 tahun itu mengalahkan pemain nombor 1 dunia dari Itali, Riccardo Pianosi, Valentin Bontus dari Austria dan Axel Mazzella dari Perancis untuk merangkul pingat emas di Hyeres, Perancis.
Menurut format pertandingan,Maeder hanya perlu menang satu daripada empat perlumbaan untuk mempertahankan kejuaraannya, iaitu peserta pertama memenangi tiga pingat emas.
Maeder kemudian memenangi perlumbaan pertama pada peringkat akhir.
Ogos lalu, atlit 'kite foil' Singapura itu merangkul pingat emas dalam acara lelaki di Kejuaraan Dunia Sukan Layar di Belanda, sekali gus menempah tempat buat Singapura di Olimpik Paris 2024.
Pemenang pingat emas Sukan Asia itu kini memenangi lima acara berturut-turut, dengan atlit muda itu merangkul kejuaraan lelaki di Kejohanan Eropah 'Formula Kite' pada Mac.
Acara sukan tersebut akan membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik di Marseille dalam kurang daripada tiga bulan, dengan Maeder merupakan salah seorang atlit kegemaran untuk merangkul pingat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.