Atlit 'kite foil' SG Maximilian Maeder dibenar tangguh NS
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SportSG/Jeremy Lee)
SINGAPURA: Atlit 'kite foil' Singapura, Maximilian Maeder dibenarkan menangguhkan Perkhidmatan Negara (NS) selama empat tahun, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Sabtu (6 Jul).
Maximilian akan mencecah usia 18 tahun pada tahun ini dan dijangka akan menjalani NS pada September.
Menurut MINDEF, pihaknya menerima permohonan daripada Maximilian untuk menangguhkan NS untuk berlatih dan bertanding dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Permohonannya disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).
"Encik Maeder telah memenuhi kriteria untuk menangguhkan NS setelah mencatatkan prestasi yang cemerlang semasa bertanding dalam kejohanan-kejohanan peringkat tinggi, termasuk Sukan Asia 2022, serta Kejohanan Formula Kite Dunia 2023 dan 2024," menurut MINDEF.
Maximilian akan dibenarkan untuk menangguhkan NS dari 12 September hingga 31 Ogos 2028 dan beliau akan menjalani NS sepenuh masa selepas itu.
Pada Mei, Maximilian berjaya mempertahankan gelaran dunia 'kite foil' yang dimenanginya. Ogos lalu, atlit 'kite foil' ini meraih pingat emas dalam acara lelaki di Kejohanan Sukan Layar Dunia di Belanda, sekali gus mengesahkan penyertaan Singapura dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
"Berdasarkan dasar NS MINDEF, penangguhan mungkin diberikan kepada atlit sukan luar biasa yang dinilai berpotensi meraih pingat untuk Singapura dalam pertandingan antarabangsa peringkat tinggi seperti Sukan Olimpik," menurut MINDEF.
"Setiap kes dinilai dengan berunding bersama MCCY."
Maximilian dijangka akan "memberi tumpuan kepada persiapannya" bagi Sukan Olimpik 2028 sepanjang tempoh penangguhannya dan memenuhi sasaran yang telah ditetapkan.
Dilahirkan di Singapura kepada bapa warga Switzerland dan ibu warga Singapura, Maximilian diperkenalkan kepada sukan tersebut pada usia enam tahun oleh bapanya, Valentin, sebelum akhirnya berkembang menjadi atlit yang cemerlang.
Maximilian juga dikehendaki mendapatkan persetujuan MCCY dan MINDEF untuk mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti berbayar, termasuk tajaan komersial.
Pemenang pingat emas Sukan Asia itu telah memenangi lima acara berturut-turut, dengan atlit muda itu turut menjuarai acara lelaki di Kejohanan Formula Kite Eropah pada Mac.
Sukan itu akan membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik di Marseille dalam masa kurang daripada tiga bulan, dengan Maximilian merupakan salah seorang atlit yang dijangka akan meraih pingat.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.