Atlit kayak SG Stephenie Chen layak ke Sukan Olimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SportSG/Patrick Johnston)
SINGAPURA: Atlit kayak Stephenie Chen gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, namun atlit Singapura itu tidak dinafikan peluang tersebut pada Sabtu (20 Apr).
Chen, 32 tahun, menempah tempat ke Sukan Olimpik Paris selepas menduduki tempat ketiga dalam peringkat akhir acara K1 500 meter wanita di Kejohanan Asia ACC Kanu Pecut & Parakanu, yang ditetapkan sebagai peringkat kelayakan Asia untuk ke Sukan Olimpik tahun ini.
Juara Sukan SEA lima kali itu meneruskan momentumnya daripada persembahannya yang meraih pingat perak di Sukan Asia Hangzhou pada Oktober lalu, ke Tokyo, Jepun.
Chen mencatatkan masa 2 minit 6.129 saat di Sea Forest Waterway, di belakang pemenang atlit China Zhang Luxi (2:02.328), dan Ekaterina Shubina dari Ukraine (2:04.043) di tempat kedua.
Menurut laman web Olimpik, dua bot teratas dalam acara K1 wanita di Tokyo akan memastikan tempat di Paris.
Kuota itu memastikan seorang atlit dari Singapura akan bertanding dalam sukan tersebut di Sukan Olimpik.
China sudah memperolehi lima tempat buat pertandingan pecut kanu setakat November 2023. Ia membolehkan Chen melayakkan diri buat pertandingan sulungnya di Olimpik.
10 lagi atlit Singapura sudah melayakkan diri untuk Olimpik Paris, termasuk juara bertahan acara 200 meter Sukan Asia Shanti Pereira, atlit lawan pedang Amita Berthier, atlit 'kite foil' Max Maeder dan pasukan renang wanita rampaian 4 kali 100 meter terdiri daripada Quah Ting Wen, Quah Jing Wen, Letitia Sim dan Levinia Sim.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.