Atlit ju-jitsu SG Noah Lim terlepas peluang raih pingat gangsa Sukan Asia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Sport Singapore/Andy Chua)
HANGZHOU: Atlit ju-jitsu Singapura Noah Lim kalah tipis, sekali gus terlepas peluang untuk meraih pingat Sukan Asia bagi sukan tersebut pada Khamis (5 Okt).
Pertama beliau tewas satu mata kepada Joo Seonghyeon dari Korea Selatan pada suku akhir acara bawah 69kg lelaki, dan kemudian pada hari itu, kekalahan tipis 0-2 di tangan atlit Kazakhstan, Aldiyar Serik dalam pertarungan bagi merebut pingat gangsa.
Lim memenangi kedua-dua pertarungannya sebelum pertembungan dengan atlit Korea Selatan itu, dan kemudian memenangi pertarungan 'repechage' yang membuka peluang untuk meraih pingat gangsa.
“Saya kalah sangat tipis dalam kedua-dua pertarungan yang sangat sukar,” kata Lim, yang membuat penampilan sulung di Sukan Asia.
"Saya tahu saya pasti boleh memenangi pertarungan saya tetapi masanya sangat singkat dan saya tidak dapat memanfaatkannya apabila saya mempunyai peluang."
Di Gimnasium Xiaoshan Linpu, warga Singapura itu, yang merupakan mahasiswa tahun kedua di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berharap untuk meraih pingat emas.
"Ada perkara yang perlu diusahakan dan saya akan belajar daripada pengalaman ini," katanya.
Lim mendedahkan bahawa dia mengalami beberapa kesan sampingan daripada asma baru-baru ini.
“Saya mengalami selesema dua minggu sebelum ini, (dan) selepas saya pulih daripada itu, tiba-tiba saya menghidap asma. Jadi sekarang ini saya berasa sedikit sesak nafas. Ia bukan alasan … tetapi ia menjadikannya lebih mencabar kerana saya tidak dapat berlatih dengan baik,” katanya.
“Malah hari ini saya rasa saya tidak dapat mempamerkan prestasi terbaik dalam semua pertarungan saya.”
Awal tahun ini, Lim memenangi pingat emas pertama Singapura di Sukan SEA ke-32. Beliau adalah pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak tiga kali selepas menang pada 2019 dan 2022.
Saksikan Sukan Asia ke-19 di Hangzhou secara langsung di enam saluran khas di mewatch.
Log masuk sekarang ke mewatch.sg/asiangames untuk menonton semua aksi kejohanann secara PERCUMA, atau tonton sedutan acara-acara pertandingan di Mediacorp Entertainment di YouTube.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.