Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlit gimnastik wanita Jerman tanding dengan pakaian bodysuit, mahu beri 'isyarat penting'

Dua atlit gimnastik wanita Jerman yang bertanding dalam kejuaraan Eropah tidak naik ke podium pemenang pada Jumaat (23 Apr) namun menarik liputan luas media kerana memakai bodysuit dan bukan leotard yang biasa dipakai dalam sukan yang dicemar skandal penderaan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Atlit gimnastik wanita Jerman tanding dengan pakaian bodysuit, mahu beri 'isyarat penting'

Ahli gimnastik Jerman Kim Bui (kiri) dan Elisabeth Seitz (Gambar-gambar: Fabrice COFFRINI/AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2021 01:55PM Dikemas Kini : 24 Apr 2021 02:12PM

ASEL: Dua atlit gimnastik wanita Jerman yang bertanding dalam kejuaraan Eropah tidak naik ke podium pemenang pada Jumaat (23 Apr) namun menarik liputan luas media kerana memakai bodysuit dan bukan leotard yang biasa dipakai dalam sukan yang dicemar skandal penderaan itu.

Elisabeth Seitz dan Kim Bui, yang menduduki tempat kelima dan ketujuh dalam keseluruhan pertandingan, mengenakan pakaian yang menutupi sepenuhnya lengan dan kaki mereka.

Tujuannya adalah untuk "merasa selesa dan tetap bergaya," kata rakan sepasukan Jerman, Sarah Voss yang juga mengenakan sut tubuh penuh awal minggu ini dalam pertandingan tersebut.

Di akaun Instagramnya, beliau menjelaskan: "Ketika saya mula baligh, ketika saya mengalami haid, saya mula semakin berasa tidak selesa."

"Ketika saya masih kecil, saya tidak melihat pakaian ketat sebagai satu masalah besar," tambahnya dalam temu bual dengan saluran penyiar Jerman, ZDF.

Seitz berkata pada Jumaat bahawa menggantikan leotard dengan sut yang menutup seluruh badan adalah satu "isyarat penting".

Angelina Melnikova dari Rusia, pemenang pingat perak pada Jumaat di belakang rakan senegara, Viktoria Listunova, menyifatkan pakaian hitam dan ungu atlit Jerman itu sebagai "di luar kebiasaan tetapi cantik".

Dunia gimnastik telah digegarkan oleh pelbagai skandal sejak kebelakangan ini.

Di Amerika Syarikat, bekas doktor pasukan Larry Nassar didapati bersalah melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 265 mangsa yang dikenal pasti dalam tempoh dua dekad, termasuk bintang Simone Biles.

Di Britain, tuduhan penderaan telah menjadi tajuk berita utama sementara di Greece bekas ahli gimnastik mengadu mengalami penderaan selama puluhan tahun "serupa penyiksaan" di tangan salah seorang jurulatih mereka.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan