Atlit angkat berat SG dan pemegang rekod dunia Farhanna Farid berharap untuk jadi inspirasi kepada orang lain tonjolkan diri
Gambar: Facebook/SBD Singapore
"Saya rasa saya tidak perlu menjadi seperti gadis lain ... yang sopan dan senonoh. Kegiatan yang mereka gemari juga bukan seperti apa yang saya gemar lakukan.
Ia kadang-kala melemaskan baginya kerana Cik Farhanna merasakan beliau perlu melakukan perkara tertentu untuk menyesuaikan dirinya.
"Selama ini, saya rasa yang saya mempunyai potensi yang tidak terkawal dan belum dipenuhi dan saya tidak tahu apa dia sebenarnya," ujar warga Singapura itu yang mencatat rekod dunia baru bagi kategori berat badan di bawah 52 kilogram.
Usahanya mengangkat berat 203 kilogram (kg) di Kejuaraan Angkat Berat Klasik Terbuka Dunia 2023 di Malta, merupakan rekod dunia yang keenam dicatatnya dalam masa setahun.
Beliau hanya menceburi sukan mengangkat berat pada 2017, semasa satu pertandingan persahabatan dengan sebilangan lelaki di dalam sebuah gimnasium.
"Saya sedang berlatih dengan mereka tetapi saya tidak berlatih secara rasmi dalam sukan angkat berat. Dan saya secara tidak langsung memecahkan rekod nasional."
"Sukan angkat berat adalah cara saya untuk mencari suara saya dan melakukan dengan cara saya tersendiri dan bersaing dengan diri saya sendiri," ujarnya.
Meskipun keluarga yang disayanginya merupakan sumber sokongan bagi Cik Farhanna dalam perjalanan angkat beratnya, beliau mendedahkan bahawa ia tidak mengejutkan bahawa keluarganya itu sebenarnya lebih menyuarakan kebimbangan daripada memberi sokongan pada awalnya.
"Ibu saya bimbang saya akan cederakan diri saya," katanya. Terdapat banyak persoalan mengenai bagaimana sukan angkat berat boleh menjejas untuk jangka panjang, termasuk sama ada beliau boleh mendapatkan zuriat.
Namun keluarganya tetap menghadiri pertandingan sulungnya.
Apabila mereka melihat betapa beliau gemari sukan tersebut, "mereka akhirnya memahaminya".
"BUKAN SEPERTI APA YANG SAYA ALAMI SEBELUM INI"
Melangkah masuk ke dalam pertandingan tersebut di Malta, rekod dunia yang dipegang Cik Farhanna iaitu 202kg telah diatasi oleh pesaingnya dari New Zealand, Evie Corrigan (202.5kg) pada awal tahun ini. Ia sekali gus memberi "perangsang yang baik" bagi atlit berusia 30 tahun itu.
Menyukarkan lagi usahanya untuk merebut semula takhtanya itu, Cik Farhanna bergelut dengan kecederaan di belakangnya, hanya dua bulan sebelum pertandingan tersebut.
Meskipun kecederaan tersebut memaksa Cik Farhanna untuk berlatih di gim selama sekitar dua minggu, beliau berjaya merebut peluang untuk mewakili negara di Malta dengan sokongan ahli fisioterapi dan pasukan sokongannya.
Beliau malah menyifatkan pertandingan tersebut sebagai pertandingan "yang paling mencabar yang perlu giat melakukan persiapan untuknya". "Saya rasa rekod ini sedikit sebanyak menunjukkan kekuatan mental serta keupayaan saya sejauh mana saya boleh mendorong diri saya bukan saja secara fizikal, tetapi secara mental juga,"ungkapnya.
Beliau meluahkan harapan untuk terus mendorong dirinya untuk melakar sejarah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.