Skip to main content

Sukan

Atlet wushu SG raih lima emas di Kejohanan Taijiquan Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Atlet wushu SG raih lima emas di Kejohanan Taijiquan Dunia

(Gambar: Jia Xing/Singapore Wushu Lion & Dragon Dance Federation)

SINGAPURA: Setelah bertanding di enam Sukan Asia Tenggara (SEA), tiga Sukan Asia dan beberapa pertandingan antarabangsa lain, atlet wushu Vera Tan tidak asing lagi kepada pertandingan peringkat tinggi.

Namun, Kejohanan Taijiquan Dunia yang keempat merupakan pertandingan yang dinanti-nantikan oleh atlet berusia 26 tahun itu.

Tan meraih dua daripada lima pingat emas buat Singapura - taijijian 'optional' wanita dan taijiquan 'new yang style' - dalam pertandingan itu. Beliau turut meraih pingat gangsa dalam taijiquan 'optional' dalam satu pertandingan sebelum itu, yang diadakan dia OCBC Arena dari 24 Ogos hingga 27 Ogos.

"Saya... tidak menjangka dapat meraih pelbagai pingat seperti ini. Ia sesuatu yang menggembirakan," katanya kepada Mediacorp pada Selasa (27 ogos).

Dalam pertandingan yang sama sekitar 10 tahun lalu, Tan turut memenangi pingat emas dalam acara taijiquan 'optional'.

"Edisi terakhir sepatutnya sebenarnya pada 2020... COVID melanda jadi ia ditangguhkan sehingga 2024. Saya sangat menantikannya, dan saya gembira saya berjaya melakukannya," kata Tan.

Atlet baharu, Zeanne Law, 18 tahun, memenangi pingat emas dalam acara taijiquan 'optional' wanita serta taijishan 'optional'. Dia juga meraih pingat perak dalam taijijian 'optional'.

Satu lagi pingat Singapura dimenangi oleh Charlotte Ng dalam acara taijiquan (39 pergerakan). Selain pingat emas, terdapat juga empat perak dan lima gangsa untuk Singapura.

Dalam tiga disiplin taiji, taijiquan menggunakan tangan kosong, atlet taijijian menggunakan pedang, manakala pesaing taijishan menggunakan kipas Cina.

MASA DEPAN YANG "CERAH"

Bercakap kepada Mediacorp, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Tarian Naga dan Singa Wushu Singapura Leow Meng Hong berkata sasarannya adalah empat emas namun atlet-atlet melebihi jangkaan.

"Kami mahu memperoleh keputusan yang baik, kami merancang dan para atlet bekerja keras untuk mencapainya," katanya. "Kami tahu mereka boleh mencapainya, dan mereka menunjukkan prestasi yang baik."

Seni wushu di Singapura semakin berkembang dalam tempoh empat hingga lima tahun lalu, tambahnya.

Ini disebabkan peningkatan kumpulan bakat, dengan lebih ramai anak muda menceburi sukan ini dan bertanding di Sukan Sekolah Kebangsaan dan Kejohanan Wushu Kebangsaan.

Dalam tiga disiplin taiji, taijiquan menggunakan tangan kosong, eksponen taijijian menggunakan pedang, dan taijishan menggunakan kipas Cina.

"Daripada dua platform utama ini, kami mencari bakat untuk masuk ke dalam pasukan kebangsaan kita dan berlatih bersama pasukan kebangsaan," katanya. "Kami melihat kanak-kanak yang lebih muda menyertai wushu."

Contohnya ialah Law. Pada November tahun lalu, dia memenangi acara taijiquan di Kejohanan Wushu Dunia di Amerika Syarikat.

“(Yang lebih muda) berlatih dengan bersungguh-sungguh dan berusaha keras. Anda dapat melihatnya dari masa ke semasa, ia semakin bertambah baik," kata Tan.

Pada edisi terakhir Sukan Asia di Hangzhou, atlet wushu membawa pulang pingat perak dan gangsa menerusi Jowen Lim dan Kimberly Ong. Ini adalah pingat wushu Asia pertama Singapura dalam hampir sedekad.

Kata Encik Leow: "(Masa depan wushu di Singapura) sangat cerah."

Atlet mapan seperti Tan masih banyak yang perlu disumbangkan juga. Ini adalah kali ketiga beliau beraksi di tanah air, setelah memenangi pingat emas bagi taijiquan pada Sukan SEA 2015.

Namun, banyak yang sudah berubah sejak itu.

"Saya masih ingat ketika menyertai (pertandingan ini) sangat gementar, saya hampir menangis... Ia benar-benar menggerunkan," katanya.

“Kali ini terdapat sedikit tekanan tetapi saya rasa saya sudah cukup matang... ia adalah pengalaman baharu untuk saya – naik ke sana dan menikmati persembahan saya sendiri sepenuhnya"

Kerjaya Tan mengalami pasang surut, tetapi beliau dapat bertahan sejauh ini dalam sukan tersebut menjadi bukti keazaman dan ketabahannya.

"Melihat sukan ini berkembang dari masa ke semasa, adalah bagus untuk saya terus belajar, dan saya rasa sentiasa ada ruang untuk menjamkan kemahiran saya," katanya. "Saya masih suka bersaing di pentas antarabangsa."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita