Skip to main content

Sukan

Atlet SG Shanti Pereira gagal layakkan diri ke pusingan separuh akhir 200m Kejohanan Olahraga Dunia

Impian atlet Singapura, Shanti Pereira untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir 200 meter wanita untuk kali kedua berturut-turut di Kejohanan Olahraga Dunia berakhir pada Rabu (17 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Atlet SG Shanti Pereira gagal layakkan diri ke pusingan separuh akhir 200m Kejohanan Olahraga Dunia

Gambar fail atlet Singapura Veronica Shanti Pereira di Kejohanan Olahraga Dunia 2023. (Gambar: AFP/Jewel Samad)

Diterbitkan : 17 Sep 2025 09:52PM Dikemas Kini : 17 Sep 2025 09:53PM
SINGAPURA: Impian atlet Singapura, Shanti Pereira untuk melayakkan diri ke pusingan separuh akhir 200 meter wanita untuk kali kedua berturut-turut di Kejohanan Olahraga Dunia berakhir pada Rabu (17 Sep).

Di Stadium Nasional Jepun di Tokyo, Pereira mencatat masa 23.13 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat dalam pusingan saringan dan di tempat ke-30 secara keseluruhan, sekali gus terlepas peluang untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

Tiga atlet dengan masa terbaik daripada setiap enam pusingan saringan mara ke pusingan separuh akhir, beserta dengan atlet lain yang mencatatkan enam masa terpantas.

Pusingan saringan Pereira dimenangi oleh Anavia Battle dari Amerika Syarikat, yang mencatat masa 22.07 saat iaitu masa terpantas dalam pusingan saringan.

Pereira adalah atlet kedua terpantas dari Asia secara keseluruhan.

Ini merupakan edisi kedua kejohanan berturut-turut di mana Pereira berjaya melayakkan diri atas dasar merit.

Pemenang pingat emas acara larian 200 meter di Sukan Asia itu mengukir sejarah pada 2023 apabila beliau menjadi rakyat Singapura pertama yang berjaya mara melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas pusingan saringan.

Masa 22.57 saat yang dicatat di Pusat Olahraga Kebangsaan di Budapest semasa pertandingan pada tahun itu masih kekal sebagai rekod negara.

Pereira akhirnya berada di tempat ke-17 secara keseluruhan dalam pusingan separuh akhir.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita