Atlet Olimpik SG bagi ski alpine anggap kedudukan ke-35 sebagai lebihi sasaran
Anggaran Waktu Membaca:
Morgan Celley dengan Faiz Basha di tayangan "Ski Dreams" pada 16 Mac 2026. (Gambar: Rupin Sharma)
SINGAPURA: Atlet ski alpine Singapura dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk baru-baru ini, Faiz Basha berkata dia puas hati dengan kedudukan ke-35 yang dicapainya dalam acara slalom,
serta menganggapnya sebagai melebihi sasaran.
Faiz kini menyatakan, bagi langkah seterusnya, dia akan bersiap bagi Sukan Musim Sejuk Asia 2029 di Kazakhstan serta Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030 di pergunungan Alp Perancis.
Selepas sebulan menamatkan kempen Olimpik pertamanya,
pemain ski alpine Singapura berusia 24 tahun ini akhirnya pulang ke tanah air
untuk bersama keluarga dan rakan-rakan.
Lebih manis lagi, kini akan ada juga sebuah filem mengenai perjalanan Faiz ke Sukan Olimpik Milano-Cortina.
"Ada ramai orang untuk ditemui, banyak soalan daripada pihak media, semua agensi berita wawancara saya pada masa yang sama."
"Saya perlu membalas mesej-mesej, jadi saya tidak punya banyak ruang untuk memikirkan perlumbaan tersebut. Malah, saya terlalu sibuk sehingga saya tertinggal salah satu kayu ski saya di garisan penamat. Tetapi ya, ia suatu pengalaman agak menarik."
"Agak aneh kerana saya sangka selepas Olimpik, saya akan benar-benar bebas. Namun sebaik sahaja saya menamatkan perlumbaan, saya terpaksa kembali ke universiti dan mengejar tugasan."
Semasa perlumbaan Olimpik baru-baru ini, acara giant slalom bagi Faiz tidak berjalan lancar.
Dia gagal menamatkan perlumbaan atau DNF (Did Not Finish).
Bagaimanapun bagi acara kegemarannya, iaitu slalom, Faiz menduduki tempat ke-35 keseluruhan.
Ditanya adakah ini memang dijangkakannya, ini jawapan Faiz; "
"Tidak, saya tidak sangka dapat kedudukan tersebut.
Sasaran saya bagi Olimpik adalah mendapat tempat 40 atau 50 teratas, akan cukup menggembirakan saya.
Apabila kami berada di sana untuk menguji, ia pengalaman yang penuh perasaan.
Anda dapat peluang meluncur secara perlahan dan meneliti laluan dan meneliti apa yang anda lakukan. Dan kami dapat rasa daripada ujian itu siapa yang melaluinya, iaitu, dia bangun dan pilih cara 'ganas'. Jadi jika anda mahu menang perlumbaan itu, anda perlu letakkan segala risiko. Itulah yang ramai orang lakukan dan sebab itulah anda lihat dalam luncuran pertama, sekitar 60 peratus lebih saya rasa, akan kecundang."
Faiz kini bertekad untuk memperbaiki kedudukan ke-12 yang dicapainya semasa Sukan Musim Sejuk Asia 2025 di Harbin, China.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.