Atlet Moza Alyka Baihakki rangkul 2 pingat emas di Sukan Para Belia Asia
Anggaran Waktu Membaca:
DUBAI: Sukan Para Belia Asia 2025 pastinya satu pertandingan yang tidak akan dilupakan atlet para, Moza Alyka Baihakki.
Manakan tidak, Moza yang membuat penampilan sulungnya di temasya sukan itu berjaya merangkul empat pingat - dua emas, satu perak dan satu gangsa untuk setiap acara renang wanita pelbagai kelas berusia 12 hingga 18 tahun yang disertainya.
Moza, 13 tahun turut memecahkan rekod peribadinya bagi keempat-empat acara renang tersebut iaitu 50 meter gaya bebas, 100 meter gaya bebas, 100 meter kuak dada dan 100 meter kuak lentang.
Dalam perlumbaan emas 50 meter gaya bebas Moza berjaya menamatkan perlumbaan dengan masa 40.00 saat.
Masa itu hanya kurang dua saat lebih pantas daripada pesaing terdekatnya dari Uzbekistan yang mencatatkan masa 41.42 saat.
Dengan catatan masa itu, Moza menghabiskan perlumbaan di tempat pertama dan sekali gus merangkul pingat emas.
Moza turut menjadi juara bagi acara 100 meter kuak dada.
Beliau menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 1 minit 51.24 saat, tujuh saat lebih pantas daripada pesaing terdekatnya, juga dari Uzbekistan yang mencatatkan masa 1 minit 58.97 saat.
Pingat perak pula milik Moza bagi acara 100 meter gaya bebas selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan masa 1 minit 38.92 saat.
Untuk acara 100 meter kuak lentang pula, Moza berjaya mencatatkan masa 2 minit 02.67 saat.
Catatan masa itu adalah yang ketiga terpantas, sekali gus cukup untuk Moza membawa pulang pingat gangsa.
Moza merupakan antara 13 atlet para belia yang mewakili Singapura dalam Sukan Para Belia Asia yang ke-5 di Dubai dari 7 Disember hingga Ahad (14 Dis).
Sukan Para Belia Asia diadakan sekali setiap empat tahun.
Edisi Sukan Para Belia Asia di Dubai menampilkan 11 acara sukan termasuk Angkat Berat Para, Taekwondo Para dan Bola Keranjang Berkerusi Roda.
Kali ini, para atlet Singapura bertanding dalam lima jenis sukan: Atletik Para, Badminton Para, Boccia, Renang Para dan Tenis Meja Para.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.