Atlet 'kitefoil' SG Max Maeder terima ganjaran S$250,000 bagi pingat gangsa bersejarah di Olimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Atlet 'kitefoil' negara Maximilian Maeder menerima ganjaran S$250,000 bagi pingat gangsa yang diraihnya di Sukan Olimpik Paris.
Mader menerima cek itu semasa majlis Program Anugerah Temasya Sukan Utama (MAP) dan makan malam penghargaan di Swissotel The Stamford pada Rabu (23 Okt).
MAP, yang merupakan inisiatif Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), memberi ganjaran kepada pemenang pingat sukan Asia Tenggara (SEA), Komanwel, Asia dan Sukan Olimpik.
Ditaja oleh Tote Board, pemenang pingat dari Team Singapore menerima bayaran tunai berdasarkan acara Sukan utama dan pingat yang dimenangi.
Seorang atlet akan menerima ganjaran S$1 juta untuk pingat emas Olimpik, S$500,000 untuk perak dan S$250,000 untuk gangsa. Satu-satunya atlet yang pernah menerima anugerah tertinggi itu ialah perenang Joseph Schooling, yang memenangi pingat emas dalam acara gaya kupu-kupu 100m di Sukan Rio 2016.
Semua atlet wajib memberikan sebahagian anugerah MAP mereka kepada Persatuan Sukan Kebangsaan masing-masing untuk latihan dan pembangunan masa hadapan. Dalam kes Maeder, dia perlu memberikan 20 peratus daripada wang hadiahnya, atau S$50,000, kepada Persekutuan Pelayaran Singapura (SSF).
Anugerah MAP juga dikenakan cukai.
"Dalam dunia sukan, Sukan Olimpik merupakan puncak pencapaian, di mana atlet terbaik dunia berkumpul bukan sahaja untuk bersaing, tetapi mempamerkan kecemerlangan tertinggi, persahabatan dan rasa hormat," kata presiden SNOC Grace Fu, yang juga Menteri Kemampanan dan Sekitaran.
“Atlet kita di Paris mempamerkan kesemua ciri itu – mewakili Singapura dengan semangat, ketabahan dan keazaman yang tidak berbelah bahagi.
"Mereka membawa harapan negara dan berdiri dengan bangga di pentas terhebat di dunia."
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, atlet Olimpik lain seperti Yeo Jia Min dan Amita Berthier serta ibu bapa Maeder, Hwee Keng dan Valentin.
Seramai 23 atlet mewakili Singapura di Sukan Olimpik Paris, dengan 15, termasuk Maeder, membuat penampilan sulung di temasya itu.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.