Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Atlet 'kitefoil' Max Maeder rangkul pingat gangsa; cipta sejarah sebagai atlet termuda SG raih pingat Olimpik

Anggaran Waktu Membaca:
Atlet 'kitefoil' Max Maeder rangkul pingat gangsa; cipta sejarah sebagai atlet termuda SG raih pingat Olimpik

Atlet negara Max Maeder beraksi di acara peringkat akhir 'kitefoil' lelaki di Olimpik Paris pada 9 Ogos 2024. (Gambar: Lisi Niesner/Reuters)

MARSEILLE: Juara dunia 'kitefoil' Maximilian Maeder berjaya merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 pada Jumaat (9 Ogos).

Secara keseluruhan, beliau menduduki tempat ketiga bagi acara kitefoil lelaki di Marseille Marina, sekali gus menamatkan penantian lapan tahun Singapura untuk memenangi pingat Sukan Olimpik sejak perenang negara Joseph Schooling meraih pingat emas pada 2016. Maeder, 17 tahun, juga merupakan pemenang pingat Sukan Olimpik termuda Singapura.

Valentin Bontus dari Austria membolot pingat emas, manakala Toni Vodisek dari Slovenia merangkul pingat perak.

Kemenangan Valentin Bontus dalam Perlumbaan 3 menobatkannya sebagai juara acara tersebut.

Kedua-dua atlet itu bersaing dalam Perlumbaan 3, dengan mereka berdua meraih dua kemenangan. Dalam peringkat terakhir, para peserta mesti memenangi tiga perlumbaan untuk merebut pingat emas.

Maedar berjaya mempertahankan gelaran juara dunia 'kitefoil' pada Mei lalu.

Sebelum bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024, atlet muda itu telah memenangi lima kejohanan berturut-turut, termasuk Sukan Asia dan Kejohanan Eropah.

Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan