Atlet 'kite foil' SG Maximilian Maeder juarai pertandingan di Sepanyol
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Clement Mahoudeau)
SINGAPURA: Dalam pertandingan pertamanya tahun ini, atlet 'kitefoil' Singapura Maximilian Maeder sekali lagi mengharumkan nama negara dalam sukan itu selepas meraih kemenangannya yang pertama bagi tahun ini.
Pemenang pingat gangsa Olimpik itu berjaya mempertahankan kejuaraan dunia 'kitefoil' selepas menjuarai acara kitefoil lelaki di Trofeo Princesa Sofia Regatta di Palma, Mallorca pada Sabtu (5 Apr).
Beliau menewaskan atlet dari Itali, Ricardo Pianosi dan atlet Austria, Valentin Bontus untuk menjuarai pertandingan itu.
Melangkah ke siri pingat, atlet berusia 18 tahun itu mendahului atlet-atlet lain dengan 22 mata, jauh di hadapan pemenang pingat emas Olimpik Bontus (55) dan Pianosi (70).
Maeder hanya perlu memenangi satu lagi perlumbanaan dalam siri terakhir untuk merangkul kejuaraan dan beliau berjaya melakukannya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.