Atlet Boccia SG Jeralyn Tan rangkul pingat perak bersejarah di Sukan Paralimpik Paris
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SNPC)
SINGAPURA: Jeralyn Tan meraih pingat perak yang bersejarah buat Singapura di Sukan Paralimpik Paris pada Isnin (2 Sep) yang pertama buat negara ini dalam sukan Boccia.
Atlet berusia 35 tahun itu tewas 4-5 kepada atlet Perancis Aurelia Aubert dalan peringkat akhir BC1 acara individu wanita.
Namun, Tan tetap merupakan antara empat pemenang pingat Sukan Paralimpik negara, mencatatkan sejarah di samping perenang Yip Pin Xiu, Theresa Goh dan ekuastrian Laurentia Tan.
Dalam perjalanan ke peringkat akhir, Tan mengalahkan Aubert 6-1 dalam pusingan awal, namun atlet Perancis yang menduduki tempat ke-16 dalam negara, mengubah keadaan pada peringkat akhir.
Pemain diperlukan melontar atau melepaskan bola-bola ke arah bola putih yang dipanggil 'jack'.
Tujuannya adalah supaya bola yang dibaling berada paling dekat dengan bola putih yang disasarkan, atau menolak bola pesaing ke arah lain.
Setiap pemain mengambil giliran untuk melakukan sedemikian, dan pemain yang memiliki bola yang berada paling dekat dengan 'jack', meraih satu markah.
Mereka juga menerima markah tambahan bagi setiap bola yang berada lebih dekat dengan 'jack' berbanding bola terdekat milik pesaing.
Di akhir empat pusingan, atlet yang mempunyai markah tertinggi memenangi perlawanan itu.
Pada peringkat akhir hari ini, Aubert mendahului 5-0 selepas dua pusingan.
Namun, Tan berjaya merapatkan jurang kepada 5-3 selepas pusingan ketiga.
Pada pusingan keempat yang terakhir, Tan memerlukan 2 markah untuk memastikan markah seri.
Namun, lontarannya menyebabkannya mendapat kurang satu markah dan beliau akhirnya meraih pingat perak.
Sebelum ini, Tan mendahului Pool B selepas kemenangan ke atas Aubert dan atlet Spain Amagoia Arrieta (5-1)
Tan menewaskan atlet nombor satu Brazil Andrea Oliveira 7-5 dalam peringkat suku akhir pada Ahad (1 Sep) sebelum memenangi 5-1 menentang Hiromi Endo dari Jepun pada peringkat separuh-akhir.
Tan mula bermain boccia pada 2008 apabila beliau mencuba sukan itu sebagai seorang pelajar di sekolah Cerebral Palsy Alliance Singapore (CPAS).
Sejak itu, beliau mewakili Singapura di Sukan Paralimpik ASEAN dan kejohanan negara.
Tahun lalu, beliau meraih pingat perak dalam Sukan Paralimpik ASEAN dalam acara BC1 wanita.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.