Atlet Biatlon Itali Passler diuji positif dadah
Anggaran Waktu Membaca:
- Rebecca Passler, atlet biatlon Itali, didapati positif bahan terlarang melalui ujian doping menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina.
- Media Itali dan sumber Reuters melaporkan keputusan ujian tersebut empat hari sebelum temasya bermula.
- Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) maklum tentang laporan itu tetapi belum menerima pengesahan rasmi.
- Passler kini berdepan risiko hilang kelayakan bertanding di Olimpik yang berlangsung di negaranya sendiri.
MILAN: Atlet biatlon Itali, Rebecca Passler, didapati positif mengambil bahan terlarang hanya empat hari sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano-Cortina bermula, menurut sumber kepada Reuters pada Isnin (2 Feb).
Media Itali turut melaporkan berita tentang keputusan ujian positif atlet tersebut.
Pihak Reuters sudah menghubungi Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI). Pegawai di sana menyatakan mereka sedia maklum tentang laporan tersebut, namun masih belum menerima pengesahan rasmi mengenai ujian positif Passler.
Passler yang berusia 24 tahun sebelum ini pernah menduduki tempat ke-11 dalam acara lari berganti-ganti wanita di Kejohanan Dunia IBU 2024. Kini, beliau berdepan risiko hilang kelayakan daripada bertanding di sukan Olimpik yang diadakan di negaranya sendiri.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.