Atlet badminton SG Jason Teh kecundang di peringkat akhir Syed Modi International
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SBA)
SINGPURA: Meskipun atlet negara, Jason Teh, menunjukkan prestasi cemerlang tahun ini, dia nampaknya terpaksa menunggu untuk memenangi kejohanan utama selepas kalah di tangan atlet India Lakshya Sen dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Syed Modi International pada Ahad (1 Dis).
Di Stadium Tertutup Babu Banarasi Das, Lucknow, atlet nombor ke-19 dunia itu dan yang keempat terbaik dalam pertandingan itu dikalahkan lawannya 21-6, 21-7 dalam masa 31 minit.
Teh belum berjaya mengalahkan Sen dalam tiga pertemuan sebelum ini.
Sen berada di ranking ke-14 dunia dan atlet nombor satu dalam acara Super 300.
Pada Sabtu (30 Nov), Teh mengalahkan pemain dunia nombor 34 Priyanshu Rajawat 21-13,21-19 untuk mara ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki keduanya dalam tempoh beberapa bulan.
Teh, yang memulakan tahun ini di tempat ke-61 ranking perseorangan lelaki Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kini sudah mara ke dua peringkat separuh akhir dan lima peringkat akhir tahun ini, sekali gus meningkatkan kedudukannya.
Dia mencapai ranking tertinggi dalam kerjayanya, di tempat ke-37 awal bulan ini.
Teh adalah pemain perseorangan lelaki dengan ranking kedua tertinggi dunia di Singapura, di belakang rakan senegaranya Loh Kean Yew, yang berada di tempat ke-12.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.