Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Aston Villa sambar pemain pertahanan Calum Chambers dari Arsenal

Anggaran Waktu Membaca:
Aston Villa sambar pemain pertahanan Calum Chambers dari Arsenal

Calum Chambers (Gambar: Agensi)

Diterbitkan : 28 Jan 2022 04:32PM Dikemas Kini : 28 Jan 2022 04:33PM

LONDON: Aston Villa memperkukuhkan bahagian pertahanan kelab tersebut apabila merekrut pemain serba boleh, Calum Chambers daripada Arsenal bagi mengharungi baki persaingan kempen Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Menurut kelab itu, Villa yang dipimpin oleh pengurus barunya, Steven Gerrard berhasil mengikat bekas pemain Arsenal itu selama tiga tahun setengah.

Pemain berusia 27 tahun itu yang boleh beraksi di bahagian pertahanan dan midfield menyertai Aston Villa selepas tujuh tahun menyarung jersi Arsenal.

Chambers sudah menyarung jersi Arsenal sebanyak 122 kali termasuk semasa menjulang Piala FA pada 2015.

Chambers, yang sudah tiga kali mewakili England, kali terakhir menyarung jersi Arsenal ketika berdepan dengan Liverpool di Anfield dalam perlawanan separuh akhir Piala Liga pada 13 Januari lalu.

“Aston Villa merupakan tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi dan semua orang boleh melihatnya dari luar.
“Sejujurnya, kelab ini sedang melalui satu proses perubahan dan saya percaya sudah pasti ia bergerak ke arah yang betul.

"Pengurus Steven Gerrard sebelum ini memainkan peranan besar semasa bersama Glasgow Rangers FC. Dia seorang pengurus muda yang berjiwa besar serta bersemangat dan saya tidak sabar untuk bekerja dengannya di Villa Park," ujar Chambers.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan