Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ASTAF tamatkan keanggotaan PERSES

Anggaran Waktu Membaca:
ASTAF tamatkan keanggotaan PERSES
Diterbitkan : 09 Jan 2024 04:47PM Dikemas Kini : 10 Jan 2024 09:43AM
SINGAPURA: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) mengambil keputusan untuk menamatkan keanggotaan Persekutuan Sepaktakraw Singapura (PERSES).

Tindakan tersebut diambil oleh Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif ASTAF di Kuala Lumpur pada 8 Januari 2024, yang memetik salah laku dalam pucuk kepimpinan PERSES.

Presiden PERSES, Mohd Nasri Haron, digantung selama 12 tahun, manakala Setiausaha Agungnya, Zahid Abdul Aziz digantung selama tujuh tahun oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia.

PERSES digantung sehingga diberitahu kelak.

Penggantungan tersebut berlaku selepas prosiding tatatertib ASTAF mendapati berlaku pelanggaran yang serius.

PERSES juga harus memastikan Presiden dan Setiausaha Agungnya meletak jawatan dalam tempoh 90 hari atau berdepan hukuman tambahan.

Kedua-dua Mohd Nasri Haron dan Zahid Abdul Aziz dilarang memegang sebarang jawatan dalam
Lembaga atau Majlis PERSES pada masa depan.

Pelibatan mereka dalam operasi PERSES, termasuk penyertaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PERSES pada 14 Oktober 2023, menunjukkan pengabaian dasar pentadbiran ASTAF secara terang-terangan.

Kelakuan itu melanggar beberapa perkara perlembagaan PERSES, sekaligus menjejas integriti dan piawaian pentadbirannya.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan