Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ASTAF singkatkan tempoh gantung pengurus sepak takraw wanita M'sia

Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) mengumumkan bahawa tempoh penggantungan yang dikenakan ke atas pengurus pasukan sepak takraw wanita Malaysia, Wan Mohd Husni Abdullah akan berakhir pada Khamis (26 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) mengumumkan bahawa tempoh penggantungan yang dikenakan ke atas pengurus pasukan sepak takraw wanita Malaysia, Wan Mohd Husni Abdullah akan berakhir pada Khamis (26 Ogos).

Demikian diumumkan oleh ASTAF dalam kenyataannya pada Rabu (25 Ogos).

Wan Mohd Husni sebelum ini digantung tugas selama lima tahun sehingga 2024 dan tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan berkaitan sepak takraw atas kesalahan disiplin di Sukan SEA Manila 2019.

Beliau turut dilucutkan daripada semua jawatan yang dipegang termasuk sebagai Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan berkuat kuasa 9 Disember 2019 sehingga 8 Disember 2024.

Menurut ASTAF, keputusan untuk menamatkan hukuman terhadap Wan Mohd Husni dibuat setelah menerima surat rayuan daripadanya.

"Kami telah membuat keputusan bersyarat bagi mengurangkan penggantungan 5 tahun itu dan bersetuju menamatkan hukuman tersebut berkuat kuasa jam 1.00 pagi, 26 Ogos 2021," menurut Presiden Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF), Abdul Halim Kader dalam kenyataan itu.

Menurut Encik Abdul Halim Kader, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu dan telah menandatangani surat persetujuan bersyarat mengenai dua perkara iaitu:

1. Berjanji tidak akan mengulangi kelakuan tersebut dan akan sentiasa mematuhi segala undang-undang serta peraturan ASTAF dan ISTAF pada masa hadapan.

2. Akur dengan larangan penyertaan ke Sukan SEA di Vietnam.

"Wan Mohd Husni adalah seorang pemuda yang mempunyai minat tinggi dalam sukan sepak takraw
yang wajar mendapat peluang kedua demi perkembangan sukan ini di Malaysia dan dunia secara amnya.

"Selaku Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan - PESTANS (yang termuda dalam kalangan semua negeri di Malaysia), beliau pastinya akan mampu menyumbang dan memberi komitmen yang lebih hebat kepada pembangunan sukan sepak takraw dengan peluang ini," ujar Encik Abdul Halim.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan