Skip to main content

Sukan

Arsenal tersingkir dari Piala Liga

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal tersingkir dari Piala Liga

Reaksi pengurus Arsenal, Mikel Arteta semasa perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris antara Newcastle United dan Arsenal di St James' Park, Newcastle, Britain. (Gambar: Paul ELLIS / AFP)

Diterbitkan : 06 Feb 2025 12:16PM Dikemas Kini : 06 Feb 2025 12:19PM
NEWCASTLE, England: Arsenal tidak bermain dengan tenang seperti biasa, menurut pengurus Mikel Arteta, sedang pasukannya kalah pada separuh akhir Piala Liga dengan agregat 4-0 di tangan Newcastle United pada Rabu (5 Feb).

Arteta berkata pasukannya datang dengan jangkaan tinggi bahawa ia boleh mengatasi defisit 2-0 dari perlawanan pertama, tetapi selepas Martin Odegaard mensia-siakan peluang awal yang gemilang, prestasi pasukan itu kian hambar.

"Untuk yakin bahawa kami boleh mengubahnya, kami perlu menjana momentum, terutamanya pada separuh masa pertama," kata Arteta kepada pemberita.

“Kemudian kami mempunyai detik penting, dua detik penting, bersama Martin, kami tidak memanfaatkan aksi seterusnya, mereka menjaringkan gol dan jelas sekali, permainan berubah.

"Kemudian, anda perlu kekal tenang, untuk menjaringkan gol seawal mungkin. Kami tidak berjaya melakukannya pada separuh masa pertama walaupun kami mempunyai satu lagi peluang besar. Pada separuh masa kedua kemudian kami mula bergelut."

Arsenal kelihatan kelam-kabut dari awal akibat permainan berintensiti tinggi Newcastle, dengan pertahanan Gabriel dan William Saliba yang biasanya tenang, kelihatan cemas semasa diberi tekanan.

"Biasanya kami lebih tenang, hari ini kami kekurangan sedikit ketenangan itu," katanya.

Arsenal sudah tersingkir dari Piala FA, jadi mereka kini akan memanfaatkan hujung minggu dengan melakukan perjalanan ke Dubai untuk latihan cuaca panas, yang diharapkan Arteta akan memberi 'kesegaran' untuk bulan-bulan terakhir bagi merebut gelaran Liga Perdana.

Arteta berharap Gabriel Martinelli, yang terhincut-hincut keluar akibat kecederaan paha pada separuh masa pertama, tidak cedera dengan serius.

Arsenal sudah kehilangan Gabriel Jesus dan Bukayo Saka dan gagal mendapatkan penyerang dalam tempoh perpindahan.
 
Sumber : Agensi berita/SK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita