Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal rancang pinjamkan para pemain pada Januari, kata Arteta

Arsenal mungkin akan menyaksikan sejumlah pemain meninggalkan kelab itu kerana dipinjamkan ke kelab lain apabila tempoh pemindahan pemain dibuka pada Jan, kerana kelab itu mempunyai pasukan yang besar dan lebihan pemain dalam posisi-posisi tertentu, kata pengurus Mikel Arteta pada Khamis (31 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal rancang pinjamkan para pemain pada Januari, kata Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta (Gambar: REUTERS/Andrew Boyers)

Diterbitkan : 31 Dec 2020 10:44PM Dikemas Kini : 31 Dec 2020 10:49PM

REUTERS: Arsenal mungkin akan menyaksikan sejumlah pemain meninggalkan kelab itu kerana dipinjamkan ke kelab lain apabila tempoh pemindahan pemain dibuka pada Januari. Ini kerana kelab itu mempunyai pasukan yang besar dan lebihan pemain dalam posisi-posisi tertentu, kata pengurus Mikel Arteta pada Khamis (31 Dis).

"Ada ramai pemain yang akan dipinjamkan ... itu adalah keutamaan pada masa ini kerana kami tidak boleh mengekalkan jumlah yang kami ada di posisi-posisi tertentu," kata Arteta kepada para wartawan menjelang lawatan ke West Bromwich Albion pada Sabtu.

Pemain pertahanan Sead Kolasinac dikatakan akan dipulangkan ke pasukan corot Jerman Schalke 04 tetapi Arteta enggan mengesahkan sebarang perjanjian.

"Kami telah mengadakan beberapa perbincangan mengenai beberapa pemain dan sama ada kami boleh mencari beberapa pinjaman ... Tetapi sekali lagi, kami tidak dapat mengesahkan apa-apa buat masa ini," tambah Arteta.


Arteta juga berkata tiada keperluan untuk menghentikan buat sementara musim ini selepas lonjakan jumlah jangkitan di dalam liga itu menyebabkan perlawanan ketiga dibatalkan pada Rabu.

Fulham meminta perlawanan mereka di Tottenham Hotspur ditunda kerana penularan di kelab itu, dua hari selepas perlawanan Manchester City di Everton juga dibatalkan.

Bos West Brom, Sam Allardyce mahu musim ini digantung sementara sebagai "pemutus rantaian" tetapi Arteta, yang dijangkiti virus korona pada Mac, berkata bahawa perlawanan mesti diteruskan.

"Semua protokol yang kami laksanakan, semua yang kami lakukan di sekitar padang latihan (dan) perlawanan, hakikat bahawa kami bermain perlawanan di luar padang sendiri, ini banyak mengurangkan risiko," kata Arteta.

"Saya fikir kami akan ada lebih banyak langkah sekatan, kami akan mempunyai lebih banyak ujian untuk cuba menjadi secekap dahulu dan kami akan lihat. Tetapi saya fikir ia akan berjaya dan saya rasa kami boleh meneruskannya."

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan