Arsenal naik tangga kedua Liga Perdana, kalahkan Ipswich 1-0
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Arsenal melonjak ke tangga kedua Liga Perdana England dan hanya enam mata di belakang Liverpool selepas mengalahkan Ipswich Town 1-0 di Stadium Emirates, pada Jumaat (27 Dis).
Jaringan separuh pertama Kai Havertz, yang menyempurnakan umpanan Leandro Trossard, sudah cukup untuk memberikan kemenangan buat skuad kendalian Mikel Arteta.
Beraksi tanpa Bukayo Saka yang cedera, Arsenal mengambil masa 19 minit untuk mencipta peluang pertama dan Havertz menjaringkan gol keenamnya musim ini dalam semua pertandingan empat minit kemudian.
Arsenal sepatutnya merakam kemenangan lebih besar namun beberapa peluang gagal disudahkan dengan baik.
Pertahanan, Gabriel Magalhaes terlepas peluang keemasan untuk menambah jaringan apabila tandukannya tersasar. Kapten Martin Odegaard juga menyaksikan rembatannya dari dalam kotak penalti tidak menemui sasaran.
Kemenangan itu melonjakkan Arsenal kepada 36 mata, di belakang Liverpool yang mempunyai 42 mata dan satu perlawanan dalam tangan, bermakna The Gunners mengatasi Chelsea, yang mempunyai 35 mata, dan Nottingham Forest yang menduduki tangga keempat dengan 34 mata.
Sementara itu, penyerang Arsenal, Bukayo Saka dilaporkan perlu berehat lebih daripada dua bulan selepas menjalani pembedahan kerana kecederaan hamstring, kata pengendalinya, Mikel Arteta.
"Dia menjalani pembedahan, semuanya berjalan lancar tetapi malangnya dia terpaksa berehat untuk banyak minggu.
"Saya rasa ia mengambil masa lebih dua bulan. Ia bergantung kepada proses pemulihannya, sukar untuk dijangka berapa lama," kata Arteta selepas skuadnya mengatasi Ipswich Town 1-0 di Stadium Emirates.
Saka menjaringkan lima gol dan membantu 10 lagi dalam aksi liga musim ini. Pemain 23 tahun itu terpaksa dikeluarkan ketika menentang Crystal Palace awal bulan ini.
Pada Oktober dan November, pemain England itu terlepas tiga aksi Liga Negara-Negara Eropah, kekalahan Arsenal di Bournemouth dan kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Shakhtar Donetsk kerana kecederaan.

Sumber : AGENCIES
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.