Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal lempar kritikan, pengadil punca The Gunners tewas 0-3 di tangan Tottenham

Anggaran Waktu Membaca:

LONDON: Mikel Arteta melemparkan kritikan terhadap pengadil Paul Tierney selepas Tottenham menewaskan Arsenal yang terpaksa beraksi 10 pemain sekali gus menghidupkan peluang untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana England.

Demikian menurut laporan Harian Metro yang menukil AFP. 

Pasukan Antonio Conte akan tersingkir daripada perebutan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan jika mereka tewas kepada seteru utama dari utara London itu.

Namun, Harry Kane meletakkan Arsenal dalam keadaan sukar apabila meyumbatkan gol pembukaan selepas dihadiahkan sepakan penalti yang mencetuskan kontroversi.

Pemain Arsenal, Rob Holding dilayangkan kad merah seawal minit ketujuh perlawanan.

Kane sekali lagi menjaringkan gol kedua sebelum babak pertama tamat dengan Son Heung-min meletakkan nama sebagai penjaring ketiga Tottenham pada separuh masa kedua.

Selain berusaha untuk kembali semula ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2016-17, Arsenal yang kini di tempat keempat dalam carta liga bergelut untuk menamatkan saingan dalam kedudukan empat teratas.

Arsenal kini memiliki kelebihan tipis apabila hanya mempunyai kelebihan satu mata mengatasi Tottenham di tangga kelima dengan kedua-dua pasukan masih mempunyai baki dua perlawanan.

Pengurus Gunners itu nyata berang dengan penalti dan kad merah yang dilayangkan berkata: "Jika saya kata apa yang saya fikirkan, saya akan digantung enam bulan. Saya tidak tahu bagaimana nak menipu jadi saya lebih suka untuk tidak mengatakan apa yang saya fikirkan.

"Saya tidak boleh memberikan pendapat saya. Saya fikir anda boleh membaca bahasa badan saya dengan jelas. Saya tidak puas hati tapi saya bangga dengan pemain saya.

"Saya mahu pengadil tampil di hadapan kamera dan menjelaskan keputusannya. Sungguh memalukan kerana permainan yang begitu indah musnah hari ini."

Sementara itu, Conte beberapa minggu lalu berkata, ia akan menjadi satu 'keajaiban' jika Tottenham layak ke Liga Juara-Juara memandangkan kedudukan mereka yang lebih rendah ketika dia menggantikan Nuno Espirito Santo yang dipecat November lalu.

Namun, kemenangan ke atas Arsenal itu menyaksikan bawah keajaiban masih boleh menjadi kenyataan.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan