Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal, Leeds kutuk serangan online terhadap Pepe, Alioski

Arsenal dan Leeds United mengutuk serangan di media sosial yang disasarkan kepada Nicolas Pepe dan Ezgjan Alioski ekoran pertembungan mereka semasa perlawanan Liga Perdana yang berakhir seri tanpa gol pada Ahad (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal, Leeds kutuk serangan online terhadap Pepe, Alioski

Pemain Arsenal, Nicolas Pepe, semasa perlawanan EPL menentang Leeds pada 22 Nov 20 (Gambar: REUTERS/Molly Darlington)

Diterbitkan : 23 Nov 2020 09:47PM Dikemas Kini : 23 Nov 2020 09:55PM

REUTERS: Arsenal dan Leeds United mengutuk serangan di media sosial yang disasarkan kepada Nicolas Pepe dan Ezgjan Alioski ekoran pertembungan mereka semasa perlawanan Liga Perdana yang berakhir seri tanpa gol pada Ahad (22 Nov).

Pemain sayap Arsenal Pepe dibuang padang setelah pegawai VAR melihatnya menanduk pemain pertahanan Leeds dari Macedonia, Alioski, dengan pengadil Anthony Taylor melihat semula monitor sebelum melayangkan kad merah.

Media Britain melaporkan bahawa kedua-dua pemain itu dilontarkan kata-kata kecaman berbaur perkauman daripada penyokong pasukan lawan selepas perlawanan.

"Kami sangat mengutuk perbuatan keji yang ditujukan pada Nicolas Pepe dan Ezgjan Alioski di media sosial setelah perlawanan kami menentang Leeds United," kata Arsenal dalam satu kenyataan.

"Ini tidak boleh diterima sama sekali dan kami akan bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa untuk melakukan segala yang terdaya untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pelakunya."

Leeds mengeluarkan kenyataan serupa, menekankan bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan perbuatan sedemikian.

Pemain pertahanan Crystal Palace Patrick van Aanholt dan pemain sayap Wilfried Zaha adalah antara pemain yang menyeru wadah-wadah media sosial supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap unsur-unsur perkauman setelah mereka juga menjadi mangsa.

Marcus Rashford dan Paul Pogba dari Manchester United juga pernah menjadi sasaran aksi perkauman online.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan