Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal kekal di persada EPL, Man City belasah Bournemouth

Arsenal mengekalkan kelebihan dua mata di persada Liga Perdana England (EPL) hasil kemenangan 1-0 di Leicester awal pagi tadi ketika Manchester City terus mengejar Gunners dengan membelasah Bournemouth 4-1.

Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Arsenal mengekalkan kelebihan dua mata di persada Liga Perdana England (EPL) hasil kemenangan 1-0 di Leicester awal pagi tadi ketika Manchester City terus mengejar Gunners dengan membelasah Bournemouth 4-1.

Gabriel Martinelli menjaringkan gol kemenangan buat Arsenal di Stadium King Power dalam aksi yang dikuasai pasukan pelawat itu.

Keputusan jurulatih Mikel Arteta memulakan Martinelli dan Leandro Trossard dalam senarai tiga pemain serangan menggantikan Eddie Nketiah membuahkan hasil.

Trossard melalui separuh pertama yang hebat dengan tendangannya ke penjuru gawang namun dibatalkan kerana rakaman VAR mendapati ada kekasaran dilakukan Ben White terhadap penjaga gol Leicester, Danny Ward.

Namun jaringan Martinelli tidak dinafikan seminit selepas memasuki separuh masa kedua apabila dia dengan tenang menyempurnakan hantaran lintang Trossard.

Gol kedua Bukayo Saka tidak dikira kerana ofsaid ketika Arsenal gagal menukar dominasi mereka untuk jaringan lebih meyakinkan.

Sementara itu juara bertahan, City membelasah Bournemouth bagi mengurangkan jurang di kedudukan teratas kepada dua mata.

Julian Alvarez, Erling Haaland dan Phil Foden masing-masing menemui sasaran buat skuad kendaian Pep Guardiola sebelum tamat separuh pertama.

Sepakan Alvarez kemudiannya masuk ke gawang sendiri oleh Chris Mepham pada awal separuh kedua.

City kini melalui enam perlawanan dengan gawangnya dibolosi apabila Jefferson Lerma menyumbang gol sagu hati buat skuad Cherries, yang kini semakin jauh di zon penyingkiran.
Sumber : Agensi berita/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan