Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal kalahkan Everton 1-0

Anggaran Waktu Membaca:
LIVERPOOL: Arsenal mencatat kemenangan Liga Perdana England (EPL) ke atas Everton buat kali pertama dalam enam tahun.

Gol Leandro Trossard pada separuh masa kedua memberikan tiga mata penuh di stadium Goodison Park pada Ahad (17 Sep).

Everton, yang masih belum meraih kemenangan pada musim ini, berjaya mengecewakan Arsenal ketika jaringan Gabriel Martinelli pada babak pertama dibatalkan disebabkan ofsaid.

Namun, pasukan dari London itu akhirnya berjaya atas kesungguhan mereka ketika tendangan Trossard berjaya melepasi tiang gol pada minit ke-69.

Selepas lima perlawanan, Arsenal yang belum kalah setakat ini, menyertai Tottenham dan Liverpool pada kedudukan yang sama dengan 13 mata. Pasukan-pasukan tersebut berada dua mata di belakang Manchester City, yang mempunyai rekod kemenangan 100 peratus.

Kekalahan ketiga berturut-turut buat Everton bermakna mereka berada di tempat ketiga dari bawah dengan satu mata.

Arsenal bakal berdepan minggu yang sukar sedang ia kembali menyertai Liga-Liga Juara dengan perlawanan pada Rabu (20 Sep) menentang PSV Eindhoven, diikuti dengan perlawanan 'derby' London utara menentang Tottenham Hotspur.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan