Arsenal belasah West Ham 6-0
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: ADRIAN DENNIS / AFP)
LONDON: Arsenal membelasah West Ham United 6-0 pada Ahad (12 Feb) untuk terus kekal dalam persaingan merebut mahkota Liga Perdana England (EPL) musim ini.
Pasukan pimpinan Mikel Arteta itu kecundang dua kali di tangan jirannya dari London pada musim ini, namun mendahului permainan 4-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan William Saliba, Bukayo Saka, Gabriel dan Leandro Trossard.
Arsenal terus mempamerkan prestasi yang cemerlang pada separuh masa kedua apabila Saka menjaringkan gol keduanya, sebelum bekas pemain West Ham, Declan Rice, yang membantu dua gol dalam separuh masa pertama, menjaringkan gol keenam pasukannya pada hari yang memalukan bagi pasukan tuan rumah, West Ham.
Kemenangan besar itu berhasil merapatkan jurang gol dengan juara bertahan, Manchester City yang mengutip 52 mata, dan menduduki tangga ketiga liga.
Pendahulu liga Liverpool pula meraih 54 mata.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.