Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arsenal akan tunggu hingga hujung Jan buat keputusan tentang Ozil

Arsenal akan menentukan masa depan pemain Jerman Mesut Ozil pada hujung tempoh pemindahan pemain pada Januari, kata pengurus Mikel Arteta.

Anggaran Waktu Membaca:
Arsenal akan tunggu hingga hujung Jan buat keputusan tentang Ozil

Mesut Ozil.

Diterbitkan : 02 Jan 2021 05:58PM Dikemas Kini : 02 Jan 2021 06:01PM

REUTERS: Arsenal akan menentukan masa depan pemain Jerman Mesut Ozil pada hujung tempoh pemindahan pemain pada Januari, kata pengurus Mikel Arteta.

Ozil tidak bermain untuk Arsenal sejak Mac dan tidak dimasukkan dalam senarai skuad untuk separuh pertama musim Liga Perdana dan Liga Europa. Kontrak pemain Jerman itu, yang merupakan salah satu pemain dengan gaji paling lumayan di kelab tersebut, tamat pada akhir musim.

Arsenal sedang meneroka mengurangkan jumlah pemain dipinjamkan pada Januari untuk mengecilkan saiz skuad, meningkatkan kemungkinan Ozil akan didaftarkan untuk separuh kedua musim ini.

Ditanya tentang kemungkinan kembalinya pemain Jerman berusia 32 tahun itu, Arteta berkata kepada para wartawan: "Kami akan lihat apa yang terjadi semasa tempoh pemindahan dan kami akan menilainya selepas itu."

Arteta juga berkata bahawa kelab itu tidak akan memendekkan kontrak pemain yang tidak ada dalam rancangannya.

"Anda harus menghormati kontrak pemain," tambahnya. "Apa yang boleh anda lakukan hanyalah cuba bersikap terbuka dengan mereka, beritahu mereka niat anda, peranan mereka dalam pasukan dan sebabnya.

"Mereka berhak membuat keputusan kerana mereka mempunyai kontrak di sini. Ada yang ingin berpindah kerana mereka tidak bermain dan ada yang ingin kekal. Itu sesuatu yang tidak dapat kami putuskan sendiri."

Arsenal, yang berada di tangga ke-13 liga dengan 20 mata, berkunjung ke West Bromwich Albion pada Sabtu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan