Arsenal, AC Milan dan Newcastle United bakal adakan perlawanan persahabatan pramusim di SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: IAN KINGTON/IKIMAGES/AFP)
SINGAPURA: Dua kelab Liga Perdana England, Arsenal dan Newcastle United serta kelab terkenal Itali, AC Milan akan mengadakan perlawanan persahabatan pramusim di Singapura pada Julai ini.
Kunjungan tiga kelab terkenal itu sempena Pesta Bola Sepak Singapura yang diadakan semula di bawah satu kerjasama lima tahun.
Di bawah kerjasama itu, kelab-kelab bola sepak Eropah akan mengadakan perlawanan di Singapura setiap dua tahun mulai tahun ini.
TEG Sport menganjurkan pesta itu bersama-sama dengan Lembaga Pelancongan Singapura.
Dalam kenyataan media pada Jumaat (11 Apr), pihak penganjur mengatakan Arsenal akan menentang AC Milan pada 23 Julai.
Pada 27 Julai pula, Arsenal akan berdepan dengan Newcastle.
Kedua-dua perlawanan itu serta sesi latihan terbuka Arsenal pada 25 Julai akan diadakan di Hab Sukan Singapura.
The Gunners, yang kini berada di tangga kedua Liga Perdana, menumpaskan Real Madrid 3-0 pada perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara awal minggu ini.
Kali terakhir mereka melawat Singapura untuk bersaing dalam kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa 2018 di mana mereka menentang Paris Saint-Germain dan Atletico Madrid.
The Magpies, pula berada di Singapura pada 1996, apabila mereka mengalahkan pasukan All-Stars Liga-S. Anak buah Eddie Howe itu menamatkan penantian 70 tahun untuk meraih trofi domestik bulan lalu.
Ini adalah kali pertama Milan akan bermain di Singapura. Anak buah Sergio Conceicao kini menduduki tangga ke-9 dalam Serie A.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.