Skip to main content

Sukan

Argentina masih terkejut Messi bakal tinggalkan Barcelona

Buat kali kedua dalam tempoh sebulan, sukan bola sepak dipaparkan di muka depan dan belakang akhbar Argentina sedang negara itu dikejutkan dengan khabar bahawa Lionel Messi akan meninggalkan Barcelona.

Anggaran Waktu Membaca:
Argentina masih terkejut Messi bakal tinggalkan Barcelona

Kain rentang memaparkan bintang Barcelona, Lionel Messi. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 06 Aug 2021 08:15AM Dikemas Kini : 06 Aug 2021 08:17AM

REUTERS: Buat kali kedua dalam tempoh sebulan, sukan bola sepak dipaparkan di muka depan dan belakang akhbar Argentina sedang negara itu dikejutkan dengan khabar bahawa Lionel Messi akan meninggalkan Barcelona.

Sebulan selepas bintang kelahiran Rosario itu memimpin pasukan negara untuk mengecap Kejohanan Copa America yang pertama sejak 28 tahun lalu, Messi sekali lagi menjadi tumpuan selepas kelab tersebut mengumumkan beliau akan menamatkan hubungan 18 tahun bersama mereka dan tidak akan menandatangani kontrak baru.

Berita yang tidak dijangkakan itu mendominasi tajuk-tajuk berita negara tersebut dengan beberapa media tempatan melaporkan maklumat terkini secara langsung.

Stesen penyiar TyC Sports misalnya menerbitkan 14 berita berkaitan Messi di muka utamanya dengan La Nacion dan Ole masing-masing mengandungi tujuh berita sedemikian.

Messi sebenarnya dijangka memeterai perjanjian untuk meneruskan kontrak bersama kelab yang disertainya sejak 13 tahun lalu itu. Namun gergasi Catalonia tersebut tidak mampu menyusun semula kewangan mereka untuk terus mematuhi peraturan Keadilan Kewangan La Liga (FPP) meskipun Messi dilaporkan sanggup menerima gaji lebih rendah.

Ketua La Liga Javier Tebas berkata pada bulan lalu bahawa Barcelona yang menanggung hutang lebih 1 bilion Euro (S$1.6 bilion) tidak akan diberi sebarang kelonggaran dalam mematuhi peraturan-peraturan ketat kawalan kewangan liga berkenaan.

Berita tentang pengunduran Messi daripada kelab tersebut dilaporkan sehari selepas La Liga bersetuju secara dasarnya untuk menjual 10 peratus daripada syarikat yang baru ditubuhkan, yang membentuk sebahagian besar daripada perniagaannya, kepada firma ekuiti privet CVC Capital Partners pada harga sebanyak 2.7 bilion Euro (S$4.3 bilion).

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita