Argentina masih terbaik di dunia, kata FIFA
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: JUAN MABROMATA / AFP)
LAUSANNE: Juara dunia Argentina mengekalkan tangga teratas dalam ranking terakhir Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) pada 2024 bagi tahun kedua berturut-turut, dengan tiada perubahan dalam senarai 10 pasukan terbaik yang disiarkan pada Khamis (19 Dis).
Argentina kendalian Lionel Scaloni dan menampilkan kapten Lionel Messi, yang merangkul kejuaraan Copa America bagi rekod kali ke-16 selepas menundukkan Colombia Julai lalu, terus menguasai tangga teratas di depan pasukan tangga kedua Perancis manakala pemenang Euro 2024, Sepanyol di tangga ketiga.
Naib juara Euro, England, Brazil, Portugal, Belanda, Belgium, Itali dan Jerman melengkapkan kelompok 10 teratas ranking itu.
Angola pasukan paling meningkat tahun ini, melonjak 32 anak tangga ke kedudukan ke-85.

Sumber : Agensi berita/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.