Argentina mara ke peringkat akhir Piala Dunia, benam Croatia 3-0
Anggaran Waktu Membaca:

Pemain pasukan Argentina, #09 Julian Alvarez (kiri) dan #10 Lionel Messi (Gambar: Giuseppe CACACE / AFP)
DOHA: Julian Alvarez dan Lionel Messi menjadi wira Argentina dengan sumbangan tiga gol tanpa balas dalam perlawanan dengan Croatia pada Rabu (14 Dis).
Kemenangan tersebut membawa Argentina ke peringkat akhir Piala Dunia Qatar 2022, Ahad ini (18 Dis).
Ia sekali gus menghampakan harapan Croatia mengulangi sejarah ke peringkat akhir seperti yang pernah mereka kecapi semasa kejohanan musim lalu.
Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Dunia 2022 itu, Kapten Lionel Messi membuka jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke-34.
Penalti tersebut diberikan selepas penjaga gawang Croatia, Dominik Livakovic menjatuhkan Alvarez.
Alvarez yang juga penyerang Manchester City menjaringkan gol kedua Argentina hanya lima minit kemudian.
Gol kedua Alvarez pada minit ke-69 pula memberikan keyakinan kepada pasukan juara dua kali itu, untuk terus berjuang membawa pulang Piala Dunia buat kali ketiga.
Dengan keputusan itu, Argentina bakal berdepan Perancis atau Maghribi dalam perlawanan akhir Ahad ini. Ini juga peluang kedua Messi menjulang Piala Dunia selepas dinafikan oleh Jerman pada Piala Dunia 2014.
Siapa pun lawan mereka di peringkat akhir, Argentina perlu bekerja keras untuk merealisasikan impian menjulang Piala Dunia buat kali ketiga.

Sumber : Agensi berita/LL/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.