Argentina juara Piala Dunia 2022; kalahkan Perancis melalui tendangan penalti

(Gambar: Adrian Dennis/AFP)
DOHA: Argentina muncul sebagai juara Piala Dunia 2022 selepas mengalahkan juara bertahan Perancis dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Lusail di Doha, Qatar pada Ahad malam (18 Dis).
Ia merupakan kali pertama Argentina menjuarai Piala Dunia sejak pasukan yang diterajui oleh Diego Maradona memenangi pertandingan berprestij itu 36 tahun yang lalu di Mexico pada 1986.
Kedudukan seri 3-3 yang kekal sehingga tamat masa tambahan memaksa penentuan melalui tendangan penalti.
Argentina mengalahkan Perancis 4-2 menerusi tendangan penalti.
Argentina mendahului Perancis 2-0 pada separuh masa pertama melalui tendangan penalti pada minit ke-23 yang disempurnakan oleh Lionel Messi, yang membuat penampilan terakhirnya di edisi Piala Dunia ini dan gol kedua Argentina pula dijaringkan oleh Angel Di Maria pada minit ke-36.
Namun, pemain penyerang Perancis, Kylian Mbappe berhasil menjaringkan dua gol, termasuk tendangan penalti pada minit ke-80, untuk menyamakan kedudukan 2-2 dengan Argentina selepas 90 minit, sekali gus memasuki masa tambahan.
Jaringan hatrik Mbappe memastikan kedua-dua pasukan tersebut terikat 3-3 dalam masa tambahan.
Kemenangan ini mengakhiri kemarau Piala Dunia selama 36 tahun bagi Argentina selepas kali terakhir menjulangnya pada tahun 1986.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.