Arena renang Kejohanan Akuatik Dunia siap dibina
Kerja-kerja pembinaan utama arena renang sementara Kejohanan Akuatik Dunia sudah selesai, dengan tempat letak kereta di Kallang dijadikan lokasi bagi tujuan itu.
Arena renang sementara Kejohanan Akuatik Dunia. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
Para perenang yang akan bertanding dalam Kejohanan Akuatik Dunia pada Julai ini boleh berenang dengan lebih baik dengan kedalaman kolam renang baharu yang disediakan bagi pertandingan itu.
Menurut pihak penganjur, kedalaman kolam renang pada tiga meter bermakna air lebih tenang dan kurang bergolak.
Kolam renang tersebut juga lebih dalam berbanding kolam renang yang digunakan di Sukan Olimpik Paris pada tahun lalu.
Kolam renang tersebut dibina lebih dalam kerana sukan air artistik juga akan diadakan di Singapura, dan ia melibatkan pusingan dan terjunan akrobatik.
Pasukan yang mengendalikan kerja-kerja pembinaan arena itu hanya mengambil masa sebulan untuk memulakan kerja-kerja asas dan lima bulan selepas itu untuk menyiapkan keseluruhan arena.
Arena tersebut yang dilancarkan pada Isnin (16 Jun) boleh menampung sebanyak 4,800 tempat duduk, dan akan dilengkapi dengan kolam renang untuk memanaskan badan, zon penyokong dan kawasan menjual barangan "merchandise".
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur, Kejohanan Sukan Air Sedunia 2025, Mark Chay berkata kos pembinaan arena sementara itu adalah setaraf dengan arena-arena di Doha dan Fukuoka.
Lebih 2,500 atlet dari merata dunia dijangka menyertai 77 acara dalam enam disiplin sukan air nanti.
Terdapat juga pertimbangan untuk menjadikan arena sementara tersebut sebagai tempat latihan atau pertandingan bagi masa akan datang.
Ini sedang Singapura menantikan gilirannya untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA 2029.
Arena tersebut akan menyaksikan acara pertandingan renang dan renang artistik mulai 18 Julai.
Kejohanan Akuatik Berperingkat Umur Asia Tenggara, sebuah pertandingan akuatik bagi para belia, akan menjadi acara pertandingan ujian yang pertama bagi Arena WCH.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.