Arena Kejohanan Akuatik Dunia di Kallang bakal ditutup mulai 1 Jan bagi kerja naik taraf
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Arena yang boleh menampung 4,800 penonton di Kallang, yang menjadi tuan rumah Kejohanan Akuatik Dunia pada musim panas lalu, akan ditutup mulai 1 Jan 2026 untuk kerja-kerja penambahbaikan.
Peningkatan itu akan membolehkan orang awam turut serta dalam kegiatan renang dan sukan air lain, serta menonton acara sukan pada jangka panjang, menurut Sport Singapore (SportSG) pada Jumaat (12 Dis), sambil menambah bahawa arena itu akan dibuka semula pada suku kedua 2026.
Arena sementara yang dibina di tempat letak kereta bersebelahan pusat beli-belah Leisure Park Kallang itu akan menjalani naik taraf prasarana bagi memenuhi piawaian peraturan untuk kemudahan yang lebih kekal.
Beberapa naik taraf itu termasuk laluan berbumbung baharu, akses lif yang dipertingkatkan, kolam yang dipasang dengan sistem penapisan yang dikemas kini mengikut keperluan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), kemudahan 'dry-dive' untuk latihan terjun dan tempat duduk penonton yang kekal.
“Penambahbaikan ini akan memudahkan akses ke lokasi itu dan mengukuhkan keupayaannya untuk menganjurkan pertandingan peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa, sekali gus menjadikannya lokasi utama bagi acara akuatik besar-besaran seperti Sukan SEA 2029 dan Sukan Para ASEAN,” kata SportSG.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SportSG Alan Goh berkata: “Dengan menaik taraf kemudahan ini dan memastikan ia kekal sebagai ruang untuk latihan elit dan juga kegunaan awam, kami mengukuhkan peranannya dalam memupuk pembangunan sukan serta menyediakan kemudahan bertaraf dunia bagi rakyat Singapura.
"Penambahbaikan ini akan terus menyokong atlet kita, sambil menyediakan peluang bagi masyarakat mengalami sendiri kemeriahan acara bertaraf antarabangsa."
Arena tersebut, yang dibina untuk Kejohanan Akuatik Dunia 2025, berfungsi sebagai salah satu lokasi untuk acara yang diadakan di Singapura dari Julai hingga Ogos.
Pada Oktober, diumumkan di Parlimen bahawa penggunaan arena itu akan dilanjutkan sehingga 2030. Menjawab pertanyaan Mediacorp, SportSG menyatakan arena tersebut akan kekal digunakan sehingga tempoh tersebut.
Kemudahan itu kini mempunyai dua kolam renang sedalam 3 meter, dengan kolam pertandingan dibuka kepada perenang berusia 16 tahun ke atas dan kolam latihan dikhaskan untuk latihan pasukan negara.
Orang awam boleh terus menikmati kadar promosi sehingga 31 Disember.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.