Skip to main content

Sukan

Arab Saudi tuan rumah lumba kuda paling mewah di dunia pada 2020

Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah kepada acara lumba kuda paling lumayan di dunia di Litar Lumba Raja Abdulaziz di Riyadh tahun depan, dengan wang hadiah bernilai AS$20 juta (S$27.7 juta) boleh dimenangi, menurut Kelab Joki Arab Saudi pada Khamis (8 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi tuan rumah lumba kuda paling mewah di dunia pada 2020

Gambar fail para pekerja dan seekor kuda lumba di Litar Lumba Raja Abdulaziz pada 2016 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Aug 2019 02:07PM Dikemas Kini : 08 Aug 2019 02:11PM

RIYADH: Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah kepada acara lumba kuda paling lumayan di dunia di Litar Lumba Raja Abdulaziz di Riyadh tahun depan, dengan wang hadiah bernilai AS$20 juta (S$27.7 juta) boleh dimenangi, menurut Kelab Joki Arab Saudi pada Khamis (8 Ogos).

Piala Saudi, yang akan menampilkan perlumbaan sejauh 1,800 meter akan diadakan pada 29 Februari, dengan penyertaan maksimum seramai 14 pelumba. Pemenang akan membawa pulang AS$10 juta (S$13.8 juta).

Keseluruhan nilai wang hadiah Piala Saudi jauh melebihi AS$16 juta (S$22.1 juta) yang ditawarkan bagi Piala Dunia Pegasus di Florida tahun lalu.

"Piala Saudi diperkenalkan sebagai satu perlumbaan antarabangsa dan acara ini adalah yang paling penting dalam sejarah lumba kuda Arab Saudi," kata Putera Bandar bin Khalid Al Faisal dalam satu kenyataan.

"Kami mengalu-alukan pelumba lelaki dan wanita, pihak media, para peminat dan orang ramai ke Riyadh pada 2020."

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita