Arab Saudi serahkan surat hasrat jadi tuan rumah Piala Dunia 2034
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Fayez NURELDINE)
ARAB SAUDI: Arab Saudi mengumumkan ia mengambil langkah seterusnya bagi bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.
Ia menghantar surat hasrat kepada badan induk bola sepak antarabangsa FIFA pada Isnin (9 Okt).
"Minggu lalu, kami mengumumkan hasrat kami untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034 FIFA, dan penyerahan rasmi ini meneruskan perjalanan kami untuk menjadikan ia kenyataan buat rakyat kami," kata Yasser Al Misehal, Presiden Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) dalam satu kenyataan.
"Kami komited untuk mewakili bidaan paling sengit yang akan membantu menyatukan dunia menerusi bola sepak," tambahnya.
SAFF menyatakan bahawa sebaik sahaja ia meluahkan hasrat mereka pada Rabu (4 Okt) terhadap bidaan pertandingan itu, "lebih daripada 70 Anggota Persatuan FIFA dari pelbagai benua menyokong negara ini secara terbuka."
Minggu lalu, FIFA menamakan Maghribi, Sepanyol dan Portugal sebagai tuan rumah Piala Dunia 2030, dengan Uruguay, Argentina dan Paraguay menjadi tuan rumah perlawaanan pertama untuk meraikan ulang tahun pertandingan tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.