Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Arab Saudi kemuka permohonan rasmi jadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia ke-10

Andai diluluskan, Arab Saudi bakal menjadi negara pertama di Asia Barat yang menganjurkan acara itu sejak pelancarannya pada 1986, selepas Jepun, China, Korea Selatan dan Kazakhstan.

Anggaran Waktu Membaca:
Arab Saudi kemuka permohonan rasmi jadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia ke-10

Seorang atlit sedang berlatih di Pyeongchang bagi Sukan Musim Sejuk.

RIYADH: Arab Saudi pada Rabu (3 Ogos) menyerahkan permohonan rasmi untuk menjadi tuan rumah Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-10, lapor Xinhua.

Permohonan itu dikemukakan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Arab Saudi kepada Majlis Olimpik Asia, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Andai diluluskan, Arab Saudi bakal menjadi negara pertama di Asia Barat yang menganjurkan acara itu sejak pelancarannya pada 1986, selepas Jepun, China, Korea Selatan dan Kazakhstan.

Pejabat Eksekutif Majlis Olimpik Asia akan mengadakan pertemuan di Kemboja pada Oktober sebelum mengadakan Perhimpunan Agung Majlis Olimpik Asia bagi menyemak permohonan itu.

Lebih 32 negara dan wilayah di Asia dijangka mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan