Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Anak Ronaldo sertai akademi belia Juventus

Baru berusia lapan tahun, anak Cristiano Ronaldo sudah mengikuti jejak bapanya dengan menyertai Bianconeri, akademi belia Juventus.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak Ronaldo sertai akademi belia Juventus

Cristiano Ronaldo bersama anaknya. (Gambar: @NigeriaNewsdesk/Twitter)

Diterbitkan : 30 Aug 2018 08:18AM Dikemas Kini : 30 Aug 2018 08:27AM

PORTUGAL: Baru berusia lapan tahun, anak Cristiano Ronaldo sudah mengikuti jejak bapanya dengan menyertai Bianconeri, akademi belia Juventus.

Beliau mencuri perhatian orang ramai ketika mengambil bahagian dalam latihan bersama pasukan bawah 9 tahun Bianconeri.

Pasangan kepada bintang bola sepak Portugal itu, Georgina Rodriguez, kelihatan hadir untuk menemani anak mereka ikut serta dalam latihan, lapor agensi berita CalcioMercato. Anak Ronaldo turut dilaporkan bermain sebaris anak Andrea Barzagli, Mattia serta anak Claudio Marchisio, Davide.

Sebelum ini, Ronaldo sering berkongsi rakaman video di platform-platform media sosial usaha beliau mengasah bakat anaknya itu.

Menurut The World Game, bekas pemain Real Madrid itu yakin anaknya mempunyai masa depan cerah dan ingin membuka peluang mengasah bakatnya bersama akademi terbaik dunia.

"Cristiano Jr suka bersaing, dia seperti saya ketika kanak-kanak dahulu," kata Ronaldo kepada agensi berita CalcioMercato.

"Dia tidak suka kalah dan saya pasti 100 peratus dia seperti saya.

"Saya gemar mengajarnya beberapa perkara, dan terpulang kepadanya apa yang dia iginkan. Saya sentiasa menyokongnya.

"Tetapi sudah tentu saya mahu dia menjadi pemain bola sepak kerana yakin dia mempunyai bakat itu. Dia mempunyai tubuh yang baik, pantas, ada kemahiran dan jaringannya bagus.

"Bagaimanapun saya tidak akan memberi tekanan kepadanya walaupun impian saya adalah untuk melihatnya menjadi seorang pemain bola sepak," tambah Ronaldo. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan