Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Amita Berthier tersingkir dari Olimpik Paris selepas kalah tipis di tangan jaguh no. 11 dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Amita Berthier tersingkir dari Olimpik Paris selepas kalah tipis di tangan jaguh no. 11 dunia

Amita Berthier beraksi menentang Lauren Scruggs dari Amerika di Sukan Olimpik Paris pada 28 Jul 2024. (Gambar: Reuters/Albert Gea)

PARIS: Atlet sukan lawan pedang Singapura, Amita Berthier, pada Ahad (28 Jul) tersingkir daripada Olimpik Paris selepas kalah tipis 13-15 kepada jaguh nombor 11 dunia, Lauren Scruggs, dalam pusingan 32 acara 'foil' wanita.

Ini merupakan penampilan kedua Amita di Olimpik. Pemain nombor 35 dunia itu memberikan persaingan sengit terhadap lawannya dari Amerika.

Namun, dia akhirnya tumpas di gelanggang Grand Palais.

Atlet berusia 23 tahun itu merupakan juara tiga kali Sukan SEA. Pada 2021, beliau menjadi rakyat Singapura pertama yang menang gelaran lawan pedang NCAA, selepas beliau dan rakan-rakan sepasukan dari Universiti Notre Dame mengambil bahagian dalam acara berpasukan.

Dalam edisi Olimpik yang lalu, Amita tersingkir dalam pusingan 32 selepas kalah 15-4 di tangan Lee Kiefer. Atlet Amerika itu, akhirnya menang pingat emas. Lee bahkan atlet lawan pedang nombor satu dunia sekarang ini.

Pada Sabtu (27 Jul), Kiria Tikanah tersingkir dalam pusingan 32 acara epee individu selepas dikalahkan jaguh nombor tiga dunia dari Itali, Alberta Santuccio, dengan skor 10-15.

Sebelum perlawanan itu, Kiria mengejutkan ramai apabila mengalahkan pemain dari Peru, Maria Calderon, 15-4. Lawannya itu menduduki 29 tangga lebih tinggi daripadanya dalam ranking dunia.
Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan