Skip to main content

Sukan

Amir Khan Ansari tumpaskan Ev Ting dalam gelanggang ONE Championship

Atlit seni bela diri campuran (MMA) Singapura mengalahkan lawan hebatnya, Ev ‘E.T’ Ting, dalam pertarungan ONE Championship Edge of Greatness sebentar tadi (22 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Amir Khan Ansari tumpaskan Ev Ting dalam gelanggang ONE Championship

Amir Khan Ansari tumpaskan Ev Ting dalam gelanggang ONE Championship pada 22 Nov 2019. (Gambar: William Lesmana/Instagram)

Diterbitkan : 22 Nov 2019 11:40PM Dikemas Kini : 25 Nov 2019 10:01AM

SINGAPURA: Atlit seni bela diri campuran (MMA) Singapura, Amir Khan Ansari, mengalahkan lawan hebatnya, Ev ‘E.T’ Ting, dalam pertarungan ONE Championship Edge of Greatness sebentar tadi (22 Nov).

Ini merupakan kemenangan pertamanya selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut sejak tahun lalu.

Pertarungan antara anak kelahiran Singapura dengan jaguh asal Malaysia itu menarik perhatian ramai kerana kedua-duanya hebat dalam kelas lightweight.

Dalam pusingan pertama sahaja, Amir berjaya menyiku pesaingnya yang kemudian cedera di bahagian hidung.

Meski Ting mula agresif, Amir memilih untuk mengambil langkah berhati-hati. Gabungan tumbukan dan tendangan Ting tidak berjaya menumpaskan Amir.

Amir akhirnya disahkan menang 2-1 dalam pertarungan itu menerusi ‘split decision’ atau keputusan terpisah yang mana juri memutuskan Amir sebagai pemenang pusingan lightweight ONE Championship kali ini.

Semasa ditemui BERITAmediacorp sebelum ini, Amir mengatakan beliau lebih yakin diri kali ini kerana mampu menumpukan perhatian lebih baik pada perlawanan.

Ev Ting disifatkannya sebagai ‘tahan pukul’ dan beliau mengatur strategi sesuai untuk mengalahkannya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita