Allahyarham Haslir Ibrahim dikenang sebagai 'kereta kebal' pasukan bola sepak Singapura
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bekas pemain bola sepak Singapura yang pernah bermain bersama Allahyarham Haslir Ibrahim, Samsudin Rahmat, mengimbas kembali bagaimana Allahyarham terkenal dengan gelaran sebagai "kereta kebal" bagi benteng pertahanan pasukan Singa.
"Terkamannya di padang begitu kuat. Sebab itu beliau dikenali sebagai kereta kebal. Beliau 'tackle' bola dengan garang," kongsi Encik Samsudin tentang Allahyarham, yang juga lebih mesra dengan panggilan Hasli.
"Beliau selalu mendapat bola. Beliau pemain yang bersemangat kental," tambah beliau kepada BERITA Mediacorp.
Encik Samsudin juga menyifatkan Allahyarham Haslir sebagai seseorang yang "peramah dan sangat rendah diri".

Pada Ramadan lalu, sekumpulan bekas pemain bola sepak Geylang mengagihkan habuan Hari Raya buat pemain-pemain legenda bola sepak.
Allahyarham Haslir merupakan salah seorang penerimanya dan beliau diwakili anak lelakinya ketika itu.

"Setiap Ahad pada bulan Ramadan kami, para bekas pemain Geylang, juga mengagihkan bubur Ramadan oleh Kampong Glam Cafe milik bekas penjaga gawang negara Bashir Khan," kongsi Encik Shamsudin.
Allahyarham meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru di rumahnya pada jam 12.30 pagi Jumaat (7 Jun).
Pihak keluarga memberitahu BERITA Mediacorp bahawa Allahyarham Haslir sudah lama mengalami penyakit tersebut.
Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Al-Istighfar pada jam 11.45 pagi.
Solat jenazah dijangka dilaksanakan sejurus lepas solat Jumaat, menurut anak Allahyarham, Cik Dinah Haslir, di laman Facebook.

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.