Skip to main content

Sukan

Albirex Niigata umum kolaborasi dengan ITE Kolej Barat

Kelab bola sepak tempatan, Albirex Niigata - yang bertanding dalam Liga Perdana Singapura (SPL) memeterai satu kolaborasi bersama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat pada Jumaat (19 Ogos) sebelum perlawanan menentang Tampines Rovers di Stadium Jurong East.

Anggaran Waktu Membaca:
Albirex Niigata umum kolaborasi dengan ITE Kolej Barat

Albirex Niigata dan ITE Kolej Barat memeterai satu kolaborasi pada 19 Ogos 2022. (Gambar: Leo Shengwei/Playmaker)

Diterbitkan : 20 Aug 2022 06:57PM Dikemas Kini : 20 Aug 2022 07:59PM
SINGAPURA: Kelab bola sepak tempatan, Albirex Niigata - yang bertanding dalam Liga Perdana Singapura (SPL) memeterai satu kolaborasi bersama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Barat pada Jumaat (19 Ogos) sebelum perlawanan menentang Tampines Rovers di Stadium Jurong East.

Kolaborasi itu bertujuan untuk menyediakan para pelajar ITE berkenaan peluang latihan autentik dengan mendedahkan mereka kepada latihan profesional dan latihan prestasi bersama Kelab Bola Sepak Albirex Niigata (ANFC).

Ini bermakna para pelajar berpeluang mendaftar dalam kegiatan kokurikular (CCA) bola sepak melalui sesi latihan gabungan bersama skuad belia ANFC, yang kebanyakannya terdiri daripada pemain tempatan.

Albirex juga akan menawarkan biasiswa kepada para pelajar ITE Kolej Barat yang mempamerkan prestasi baik dalam akademik mereka. ANFC juga mungkin menawarkan sesi uji bakat kepada pelajar berbakat untuk bermain bagi kelabnya.

Selain itu, Albirex juga akan menawarkan peluang latihan amali kepada para pelajar yang mengikuti kursus kecergasan atau berkaitan sukan di ITE Kolej Barat.

Bukan itu sahaja, kakitangan ITE juga mungkin mendapat penempatan kerja untuk kelab profesional tersebut.

Di bawah kolaborasi itu, Program Bimbingan ANFC diperkenalkan bagi membangunkan kemahiran kakitangan serta pelajar ITE Kolej Barat dengan memudahkan pertukaran kepakaran membimbing serta teknologi sukan.

Di luar padang pula, kelab tersebut dan ITE Kolej Barat akan berganding bahu dalam projek-projek industri berkaitan teknik bimbingan bola sepak, analitik sukan serta teknologi relevan.

Kedua-dua pihak juga merancang untuk menganjurkan kegiatan bagi mendampingi masyarakat yang bertemakan bola sepak khusus buat para penduduk di Daerah Barat Daya.

Perlawanan pada Jumaat menyaksikan Albirex menundukkan Tampines Rovers 4-2.
Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita