Skip to main content

Sukan

Albirex Niigata juara Liga Perdana Singapura 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Albirex Niigata juara Liga Perdana Singapura 2022

Kodai Tanaka dari pasukan kelab Jepun Albirex Niigata meraikan kemenangan setelah mengalahkan Lion City Sailors di Liga Perdana Singapura (SPL). (Gambar: AIA Singapore Premier League/Facebook)

SINGAPURA: Kelab Jepun Albirex Niigata kembali digelar juara Liga Perdana Singapura (SPL) pada Jumaat (7 Okt) selepas mengalahkan Lion City Sailors 4-2 di Stadium Jalan Besar malam semalam.

Kejuaraan itu adalah piala liga kelima Albirex yang pernah menang pada 2016, 2017, 2018 dan 2020.

Albirex mendahului tangga SPL dengan empat mata dan kemenangannya malam semalam sahkan kejuaraan dalam genggaman, berbaki dua perlawanan dalam musim ini.

Kedua-dua pasukan mengancam gawang lawan dari awal perlawanan.

Rembatan ‘volley’Ilhan Fandi meletakkan pasukan asal Jepun itu di depan seawal minit kelima. Sumbangan hatrik Kodai Tanaka menjamin Albirex menjulang gelaran juara tahun ini.

Meskipun kalah di padang sendiri, Sailors layak mewakili negara di Liga Juara-Juara AFC musim depan.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita