Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Akuatik SG tingkatkan usaha jadikan sukan renang lebih selamat

Anggaran Waktu Membaca:
Akuatik SG tingkatkan usaha jadikan sukan renang lebih selamat

(Gambar: Facebook/Singapore Aquatics)

SINGAPURA: Akuatik Singapura menerima kira-kira 10 laporan salah laku setiap tahun.

Untuk menangani isu tersebut, ia melancarkan beberapa inisiatif.

Ia termasuk kursus wajib bagi semua jurulatih berkelayakan, di mana mereka akan diajar bagaimana untuk mengendalikan pelajaran mereka, bebas dari penganiayaan, keganasan dan salah laku.
"Sukan yang selamat sepatutnya dipupuk dari muda supaya para atlit dan ibu bapa serta jurulatih harus tahu tingkah laku yang betul dan yang salah," kata Vivien Tai, seorang perenang artistik.

"Jurulatih berasal dari negara dan mempunyai budaya yang berbeza. Oleh itu, sebahagian daripada mereka menganggap tingkah laku mereka adalah sesuai berdasarkan budaya mereka, namun di Singapura ia mungkin dianggap sebagai tidak sesuai," tambahnya.

Untuk menjadikan sukn akuatik lebih selamat untuk semua, pihak berkuasa sukan tempatan sedang bermula dengan jurulatih berkelayakan.

Jurulatih tersebut hanya akan memiliki sijil yang sah selama tiga tahun pada satu-satu masa.

Bermula hari ini (6 Sep), mereka yang ingin memperbaharuinya perlu menduduki kursus wajib mengenai keselamatan sukan.

Kursus itu merangkumi cara berkomunikasi yang tidak kesat.

Usaha tersebut melangkaui isu pensijilan.

Beberapa siri bengkel yang akan bermula dalam dua minggu, juga akan menerangkan kepada para atlit, jurulatih dan pentadbir tentang amalan terbaik.


"Saya fikir bagi jurulatih, mereka meluangkan masa paling banyak bersama atlit. Jika anda lihat beberapa pesaing dan atlit kami, mereka meluangkan empat atau lima jam sehari bersama jurulatih mereka," kata Presiden Akuatik Singapura Mark Chay.

"Oleh itu, interaksi bersama jurulatih bukan hanya seperti hubungan guru dengan anak murid, jurulatih juga mengambil tangunggjawab ibu bapa dalam membimbing, mendidik moral, komponen etika, serta elemen persahabatan juga. Jadi, saya fikir tiada cara lebih baik untuk melakukannya," tambah Encik Chay.

Atlit negara juga menyertai kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap salah laku di dalam sukan tersebut.

Akuatik Singapura menyatakan tujuan utama kempen itu adalah untuk menjadikan ruang selamat suatu perkara biasa dalam akuatik.

Sedang Singapura berjuang melahirkan bakat bertaraf dunia di kolam renang, memupuk persekitaran yang selamat bagi kanak-kanak mengejar cita-cita mereka yang tidak boleh dilupakan.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan