Skip to main content

Sukan

Akuatik SG bakal lancar Dewan Kemasyhuran pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Akuatik SG bakal lancar Dewan Kemasyhuran pada 2024

Lagenda renang Patricia Chan, yang mempengerusikan Majlis Legasi Akuatik Singapura, berucap di sebuah acara di Kompleks Renang Toa Payoh pada 15 Oktober 2023. (Gambar: Akuatik Singapura)

SINGAPURA: Dewan Kemasyhuran atau "Hall of Fame" bakal dilancarkan tahun hadapan untuk memberikan penghormatan kepada lelaki dan wanita yang membantu sukan akuatik menjadi sukan terunggul Singapura.

Demikian menurut Akuatik Singapura pada Ahad (15 Okt).

Pelancaran Dewan Kemasyhuran itu akan menjadi sebahagian daripada sambutan ulang tahun Akuatik Singapura yang ke-85. Malah, ia merupakan yang pertama seumpamanya bagi sebuah persatuan sukan kebangsaan.

"Satu-satunya sukan untuk menyumbang pingat emas Olimpik kepada Singapura, atlit akuatik kerapkali mencatatkan prestasi cemerlang di acara besar seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Kejohanan Dunia,"nyata persatuan tersebut dalam satu kenyataan media.

"Bagi mengiktiraf pencapaian alumni yang cemerlang, ia akan mengurniakan penghargaan tertinggi sukan itu kepada kumpulan atlet terpilih mulai tahun depan."

Lagenda renang Patricia Chan, yang mempengerusikan Majlis Legasi Akuatik Singapura, menyatakan bahawa Dewan Kemasyhuran itu akan menjangkaui sekadar mengiktiraf sumbangan seseorang atlit sahaja.

"Ia bukan sahaja untuk memberi penghormatan kepada wira sukan kami. Namun yang penting, ia adalah cara bagi kami menyampaikan kisah kami kepada generasi-generasi akan datang," katanya semasa acara tersebut di Kompleks Renang Toa Payoh pada Ahad.
 

Presiden Akuatik Singapura Mark Chay menyatakan bahawa insiatif-inisiatif seperti Dewan Kemasyhuran itu akan membantu persatuan tersebut untuk membina sebuah masyarakat yang rapat dan inklusif, yang menghimpunkan atlit akuatik dari semua latar belakang dan generasi.
 

Atlit akuatik yang mengambil bahagian dalam kedua-dua acara individu dan pasukan, akan layak untuk disertakan ke dalam Dewan Gemilang, bahkan juga mereka yang telah mempengaruhi sukan tersebut secara positif sebagai pentadbir sukan, jurulatih dan ahli media.


"Mereka perlu terdiri daripada rakyat Singapura atau penduduk tetap Singapura," jelas Akuatik Singapura.

Maklumat lanjut mengenai proses kelayakan dan pemilihan akan didedahkan tahun depan.


Sebuah panel pencalonan sudahpun dibentuk bagi memilih kumpulan pertama individu-individu yang layak.
 

Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita